Page 5 - DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
P. 5
DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
2.0 RASIONAL
Kepentingan PIBG adalah dapat meningkatkan kesedaran ibubapa terhadap peranan mereka
dalam PIBG dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh ahli-ahli PIBG. Ia juga dijadikan
sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh PIBG sekolah.
Kepentingan kepada guru-guru, dapat mengenalpasti peranan ibubapa dan peranan sebagai
ahli PIBG melalui kajian ini. Ia juga dapat menjalinkan hubungan baik antara guru dengan
ibubapa. Kepentingan kepada pentadbiran sekolah, ini juga memberi matlamat yang boleh
digunakan oleh pihak sekolah dalam merancang program PIBG yang berkesan dan dapat
meningkatkan hubungan antara sekolah, guru-guru dan ibubapa.
3.0 MATLAMAT
Penubuhan PIBG diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1961. PIBG menjadi persatuan
penting yang mempunyai fungsi dan tanggungjawab tertentu. Pada asasnya PIBG berperanan
sebagai rakan kongsi sekolah untuk membantu pembangunan serta kemajuan sekolah dan
pelajar. PIBG juga berperanan memberi penerangan kepada ibu bapa dan penjaga murid-
murid tentang program yang dirancang untuk meningkatkan pencapaian anak masing-
masing, seterusnya kerjasama mereka diharap agar segala program yang dirancang mencapai
matlamatnya. Fungsi PIBG ini akan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya PIBG
sesebuah sekolah itu aktif dan mempunyai barisan ahli jawatankuasa yang komited serta
mendapat sokongan ibu bapa pelajar.
5

