Page 6 - DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
P. 6

DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47





               4.0 OBJEKTIF



               1. PIBG merupakan platform terbaik bagi ibu bapa dan guru berinteraksi secara bersemuka
               untuk  berkongsi  dan  bertukar  pendapat  serta  maklumat  mengenai  kemajuan  dan  prestasi

               akademik pelajar serta perkara-perkara berkaitan disiplin, sahsiah dan akhlak murid.


               2.  PIBG juga sekolah boleh menyalurkan apa-apa maklumat mengenai  pendidikan semasa

               seperti pelaksanaan pentafsiran berasaskan sekolah dan sebagainya.


               3.  Ibu bapa juga memainkan peranan dan memberikan  cadangan untuk meningkatkan lagi
               prestasi akademik dan kokurikulum sesebuah sekolah itu.



               4.  Mewujudkan  jalinan  kerjasama  ibu  bapa  dan  guru  berkaitan  program  peningkatan
               pencapaian murid dari segi akademik dan kokurikulum khususnya dari segi jasmani, rohani

               dan intelek murid-murid.


               5.  PIBG  juga  boleh  berperanan  sebagai  orang  tengah  antara  guru  dan  ibu  bapa  bagi
               meleraikan sebarang salah faham yang timbul antara kedua-dua belah pihak yang melibatkan

               soal prestasi akademik dan masalah disiplin dalam kalangan murid.


               6.  PIBG  menjadi  asas  saluran  dan  forum  terbaik  untuk  berbincang  dan  menyelesaikan

               masalah, birokrasi dan  isu yang timbul berkaitan  pembelajaran anak-anak  mereka..





               5.0 KUMPULAN SASARAN


               Kumpulan sasaran adalah anggota PIBG seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan PIBG

               iaitu  terdiri  daripada  setiap  guru  dan  ibu  bapa  yang  anak  mereka  belajar  di  sekolah

               berkenaan.  Keanggotaan  ini  sahaja  jelas  menggambarkan  ibu  bapa  dan  guru  harus  saling
               berhubungan dan  landasan terbaik dalam hal ini ialah melalui PIBG.











               6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11