Page 7 - DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
P. 7
DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
6.0 PERJALANAN MAJLIS
Tanggal 25 September 2021, bersamaan hari Sabtu, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 telah
berlangsung secara maya di platform google meet. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh
Encik Meskor bin Tulka, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Sumber Dan Teknologi
Pendidikan, PPD Kuala Muda Yan. Mesyuarat Agung PIBG ini telah bermula pada pukul
8.30 pagi dengan sesi pendaftaran dan tamat pada pukul 10.46 pagi.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 telah dikelolakan oleh Guru Besar, Puan Maznah
binti Mashoor, selaku penasihat Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG. Di antara
pengisian program termasuklah pembukaan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan
doa, ucapan Encik Abdul Muin bin Othman, Yang Dipertua PIBG, ucapan Puan Maznah binti
Mashoor, Guru Besar dan ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 oleh Encik
Meskor bin Tulka, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Sumber Dan Teknologi
Pendidikan, PPD Kuala Muda Yan.
Acara pada hari tersebut diteruskan dengan mesyuarat Agung PIBG kali ke-47.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan En. Abdul Muin bin Othman, Yang Dipertua PIBG,
diikuti dengan pelantikan pengerusi mesyuarat, pembentangan dan pengesahan minit
mesyuarat PIBG kali ke - 46, perkara berbangkit, membentang dan mengesahkan penyata
kewangan PIBG bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, .membentang laporan
aktiviti PIBG tahun 2020/2021 seterusnya, perbahasan dan penerimaan usul daripada ahli
PIBG.
Acara Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 ditangguhkan pada jam 10.46 pagi. Pihak
PIBG dan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak dalam menjayakan mesyuarat ini.
Secara keseluruhannya, aturcara majlis berjalan dengan berkesan, baik dan teratur.
Perjalanan mesyuarat juga berjalan dengan lancar dan tersusun.
7

