Page 281 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 281

4   Ringkasan reka cipta
                 •  Bahagian ini menerangkan penyelesaian dan kelebihan reka cipta ini berbanding reka cipta yang
                   terdahulu. Kebiasaannya ringkasan ini diambil daripada tuntutan yang paling luas skopnya dan
                   diikuti oleh beberapa tuntutan bersandar.
                 •  Dalam menyediakan spesifikasi paten, dinasihatkan supaya merangka tuntutan terlebih dahulu
                   kemudian diikuti oleh subkomponen lain.

             5   Penerangan ringkas lukisan
                 •  Pada bahagian ini, beberapa lukisan gambar rajah yang relevan dari pandangan yang berbeza
                   dilampirkan bersama-sama dengan penjelasan satu ayat pendek.
                 •  Lukisan utama menunjukkan gambaran keseluruhan produk diikuti dengan lukisan lain yang
                   menunjukkan lebih banyak butiran.
                 •  Lukisan dipelbagaikan sudut pandangannya iaitu secara pandangan perspektif, pandangan pelan,
                   pandangan hadapan, pandangan sisi atau ceraian.


             6   Penerangan terperinci reka cipta
                 •  Penerangan mesti merujuk kepada lukisan gambar rajah yang telah disediakan.
                 •  Penerangan mesti menggambarkan ciri-ciri teknikal gambaran utama yang dikehendaki dengan
                   terperinci dan cara reka cipta tersebut beroperasi.



             Tuntutan
             Tuntutan menentukan skop monopoli yang diberikan oleh sesuatu paten. Tuntutan mestilah mentakrifkan
             subjek reka cipta yang dilindungi oleh pemohon, jelas dan tepat dan disokong sepenuhnya oleh perihalan
             iaitu ciri-ciri teknikal.  Tuntutan-tuntutan mestilah menyatakan secara khusus subjek reka cipta yang
             diilhamkan oleh pemohon. Tujuannya supaya skop tuntutan jelas dan untuk orang lain memahami batas-
             batas perlindungan yang diberikan oleh sesuatu paten.
                  Perihalan dan tuntutan haruslah konsisten supaya tuntutan tersebut jelas dan disokong. Tuntutan
             didraf berdasarkan ciri-ciri teknikal reka cipta. Hal ini bermakna bahawa tuntutan tidak boleh berdasarkan
             kepada ciri-ciri komersial.  Tuntutan paten biasanya terdiri daripada sekurang-kurangnya satu tuntutan
             bebas dan beberapa tuntutan bersandar.

             Tuntutan bebas                               Tuntutan bersandar
             •  Mewakili tuntutan yang paling luas skopnya.  •  Tuntutan bersandar kepada tuntutan lain.
             •  Tidak merujuk kepada sebarang tuntutan    •  Merujuk kepada tuntutan bebas pada permulaan ayat.
              terdahulu.                                  •  Mengandungi ciri tuntutan bebas dan ciri lanjutan.
             •  Merangkumi ciri-ciri teknikal.            •  Memperincikan lagi tuntutan sebelumnya.
             •  Mesti didrafkan dengan lengkap dan berfungsi.  •  Hanya boleh mengecilkan skop tuntutan.
                                                          •  Menerangkan gambaran tertentu spesifikasi.


             Ringkasan

             Tujuan ringkasan adalah untuk memberi maklumat kepada pembaca tentang reka cipta secara keseluruhan.
             Ringkasan harus mengandungi bidang teknikal reka cipta, menjelaskan masalah teknikal, penyelesaian
             masalah dan prinsip yang digunakan.

             Lukisan
             Lukisan dimulakan dengan gambaran keseluruhan mesin diikuti dengan lukisan-lukisan yang menunjukkan
             butiran bahagian yang relevan yang hendak dipatenkan. Seterusnya, setiap ciri teknikal dalam lukisan
             diberikan jujukan nombor yang sama dengan ciri-ciri teknikal seperti dalam perihalan.







                                                                                                         275
   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286