Page 277 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 277
5.3 MEMPATENKAN PRODUK
Pengenalan 5.3.1 Mengenal pasti tujuan
mempaten produk.
Paten ialah satu hak eksklusif yang dianugerahkan kepada sesuatu reka 5.3.2 Menerangkan agensi
cipta, sama ada satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang terlibat dalam
mempatenkan produk.
yang baharu atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.
Tujuan Mempaten Produk
Idea yang diterjemah dalam pelbagai bentuk seperti buku, peralatan, Kod QR
bentuk atau sebagainya perlu dipatenkan untuk melindungi hak
ciptanya. Berikut merupakan faedah-faedah perlindungan mempaten
sesuatu produk.
1. Dapat mengeksploitasi ekonomi iaitu berniaga, mengeluarkan,
menjual, mengimport, mengeksport, disewakan, dilesenkan,
difrancaiskan, penyerahan sewa beli dan membuat kontrak lesen. Sila layari laman sesawang http://
arasmega.com/qr-link/kpdnhep/
2. Dapat dijadikan instrumen cagaran untuk tujuan pembiayaan atau untuk mendapatkan maklumat
pinjaman kewangan.
lanjut berkaitan Kementerian
3. Dapat mencegah pihak lain daripada menggunakan hasil ciptaan Perdagangan Dalam Negeri dan
tanpa kebenaran. Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
(Dicapai pada 26 September
2019)
Agensi yang Terlibat dalam Mempatenkan Produk
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Latar Belakang
Sebelum tahun 1983, hak cipta di Malaysia ditadbir oleh Pejabat Cap Dagang dan Jamin Hak kemudian
bertukar nama kepada Pejabat Cap Dagang dan Paten pada tahun 1983. Pada 27 Oktober 1990, hak cipta
diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan
Bahagian Harta Intelek (BHI). Setelah melalui pelbagai perubahan akhirnya BHI dijenamakan semula kepada
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 3 Mac 2005 dan kekal hingga sekarang. Berikut merupakan
agensi yang terlibat dalam mempatenkan produk pemprosesan makanan:
METHOD AND APPARATUS
FOR OPENING A DURIAN AND THE LIKE
Abdul Rahim et al.from Industrial Training Institute, the Manpower Department,
Ministry of Human Resources was granted a patent for their invention titled
"Method and Apparatus for Opening A Durian and The Like" in 2012.
This method and apparatus eliminates the hazard from usage of sharp
knife and potential hand injury from sharp thoms.
KAEDAH DAN ALAT
UNTUK MEMBUKA DURIAN
Abdul Rahim dan rakan-rakan daripada Institut Latihan Perindustrian, Jabatan
Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia telah diberi geran paten untuk
rekacipta bertajuk "Kaedah dan Alat untuk Membuka Durian" pada tahun 2012.
Kaedah dan alat ini dapat mengelakkan bahaya penggunaan pisau tajam
dan risiko kecederaan tangan dari duri durian yang tajam.
Sumber: Pangkalan data MyIPO
Source: MyIPO's database
Sumber: Laman sesawang rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
271

