Page 278 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 278

Jadual 5.2 Contoh Harta Intelek yang terlibat dalam mempaten produk pemprosesan makanan

             Harta Intelek               Fungsi                                       Faedah

                             •  Paten merupakan satu hak      •  Eksploitasi ekonomi seperti berniaga, mengeluarkan,
                               eksklusif yang dianugerahkan     menjual, mengimport, mengeksport, disewakan,
                               kepada sesuatu reka cipta, sama   dilesenkan, difrancaiskan, penyerahan sewa beli dan
                 Paten         ada produk atau proses untuk     membuat kontrak lesen.
                               melakukan sesuatu yang baharu   •  Boleh dicagarkan dan dieksploitasikan.
                               atau penyelesaian teknikal ke   •  Mencegah pihak lain daripada menggunakan hasil
                               atas sesuatu masalah.            ciptaan tanpa kebenaran.

                             •  Cap dagangan ialah            •  Fungsi asal untuk menunjukkan pemilik asal.
                               perlindungan yang boleh        •  Fungsi pemilihan untuk memudahkan pengguna
                               membezakan barangan atau         membeli barangan atau perkhidmatan.
                               perkhidmatan yang dikeluarkan   •  Fungsi kualiti untuk memberi keyakinan kepada
                               oleh pihak-pihak lain. Cap       pengguna.
                               dagangan boleh sebagai         •  Fungsi pemasaran berperanan sebagai alat
             Cap Dagangan      perkataan, logo, gambar, nama,   pengiklanan yang berkesan.
                               huruf, nombor atau kombinasi   •  Fungsi ekonomi iaitu Cap Dagangan yang telah
                               tersebut.                        mantap di pasaran dan mempunyai nilai tinggi serta
                                                                boleh dilesenkan atau difrancaiskan.
                                                              •  Hak eksklusif boleh mengambil tindakan undang-
                                                                undang kepada sesiapa yang menggunakannya
                                                                tanpa kebenaran.

                             •  Reka bentuk perindustrian ialah   •  Pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar
                               ciri bentuk, tatarajah, corak atau   mempunyai hak ekslusif untuk membuat,
                               hiasan yang digunakan pada       mengimport, menjual, menyewa atau menggunakan
                               sesuatu barang melalui apa-apa   ciptaan bagi tujuan perdagangan atau perniagaan.
             Reka Bentuk
             Perindustrian     proses atau cara perindustrian,
                               iaitu ciri yang ada pada barang
                               siap, merupakan ciri yang
                               menarik dan dinilaikan pada
                               pandangan mata.

                             •  Hak cipta ialah perlindungan   •  Hak perundangan iaitu mempunyai hak untuk
                               yang diberikan kepada penulis,   melaporkan pelanggaran perlindungan melalui
                               pemilik hak cipta dan pelaku     tindakan sivil atau jenayah.
                               tertakluk di bawah Akta Hak    •  Hak ekonomi dengan membolehkan pemilik
                               Cipta 1987.                      menuntut ganjaran kewangan daripada individu atau
                                                                syarikat yang berminat untuk menggunakan karya-
               Hak Cipta                                        karya yang telah difailkan dan boleh diwasiatkan.
                                                              •  Hak paterniti  iaitu pengkarya boleh menuntut
                                                                keaslian karya ciptaannya dikekalkan.
                                                              •  Hak integriti iaitu  membenarkan pengkarya untuk
                                                                menghalang mana-mana individu atau syarikat
                                                                daripada menyelewengkan, mencacatkan atau
                                                                mengubah suai karyanya.



















             272
   273   274   275   276   277   278   279   280   281   282   283