Page 276 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 276

Jawab soalan yang berikut.

           1.  Berikan maksud Projek Brief.
           2.  Senaraikan tiga komponen Projek Brief.
           3.  Hasilkan lakaran idea untuk inovasi pembungkusan bagi produk pau sejuk beku.
           4.  Berikan dua tindakan anda selepas mengumpulkan maklumat daripada Borang Soal Selidik Maklum
              Balas Pelanggan.    KBAT



           Penambahbaikan Model Produk Inovasi
           Pemprosesan Makanan


           Model produk inovasi pemprosesan makanan yang telah dihasilkan      5.2.6  Melakukan
           perlu dianalisis keberkesanannya. Berdasarkan produk inovasi donat        penambahbaikan pada
           Doubletrouble yang dihasilkan, justifikasi terhadap idea, bahan dan       model produk inovasi yang
           alatan yang dipilih, reka bentuk dan rasa yang dipilih perlu dilakukan.   dihasilkan.
           Justifikasi ini adalah untuk menentukan keberhasilan produk inovasi
           ini berada di pasaran. Berikut merupakan cadangan penambahbaikan
           pada donat Doubletrouble.
                Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada borang maklum balas penambahbaikan model
           produk boleh dilakukan merangkumi aspek-aspek yang berikut:

                                          Jadual 5.1 Penambahbaikan model produk

                   Masalah             Justifikasi                    Penyelesaian Masalah
                                 Pelbagaikan rasa untuk   Dewasa:
                                 dinikmati oleh pelbagai  •  Kopi dan susu
                                 peringkat umur        •  Kopi kacang hazel dan susu
                                 pelanggan.
                                                       Remaja:
                                                       •  Vanila dan strawberi
                     Rasa                              •  Churros dan donat biasa
                                                       •  Keju dan donut biasa

                                                       Kanak-kanak:
                                                       •  Coklat dan strawberi
                                                       •  Vanila dan coklat
                                                       •  Epal dan anggur
                                 Saiz yang tidak seragam  Menghasilkan acuan yang dapat menghasilkan saiz donat
                                 dan terlalu kecil.    yang seragam dan sama tebal.







                     Saiz                               tebal                                        lebar
                                                        4 cm                                         10 cm



                                                                          panjang 10 cm







             270
   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281