Page 358 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 358

Dato’ Dr. Haji Ramly Mokni






















                                                             Nama:    Dato’ Dr. Haji Ramly bin Mokni
                                                             Asal:    Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak
                                                             Jawatan:  Pengarah Urusan Ramly Food
                                                                      Processing Sdn. Bhd.




              Latar belakang

            Ramly Food Processing Sdn. Bhd. sebelum ini dikenali sebagai Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn . Bhd. telah
            diasaskan oleh Dato’ Dr. Haji Ramly Mokni dan Datin Hajah Shala Siah Abdul Manap pada tahun 1984. Fokus
            utama syarikat adalah untuk menyediakan produk yang halal, bersih dan berkualiti.
                 Kilang pemprosesannya terletak di SME Industrial Park Mukim Batu, Kuala Lumpur. Syarikat beliau
            menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada lapisan masyarakat yang berminat menceburi bidang
            pengurusan, pengeluaran, pemasaran dan pengedaran.
                 Konsep “halalan thoyiba” ditekankan dalam produk Ramly untuk memberi keyakinan kepada pengguna
            sebagai produk pilihan utama keluarga. “Halalan thoyiba” membawa maksud suci dan bersih mengikut hukum
            syariah dan selamat untuk dimakan.
                 Dato’ Dr. Haji Ramly memegang prinsip tidak mudah putus asa. Menurut beliau, dunia perniagaan penuh
            dengan cabaran. Namun, berkat usaha bersungguh-sungguh, kini jenama Ramly amat terkenal di Malaysia.
            Bermula dengan bekerja sebagai pemotong daging di pasar raya, beliau terpanggil untuk menceburi bidang
            pemperosesan daging. Hal ini kerana beliau ingin mengeluarkan produk pemprosesan daging yang bersih
            dan tidak mempunyai keraguan terhadap status halalnya.
                 Antara produk yang dikeluarkan ialah burger, frankfurter, cocktail, nugget, ayam segar, makanan laut,
            daging kisar dan lain-lain.
                 Berikut merupakan senarai syarikat yang berdaftar di bawah Ramly Food Processing Sdn. Bhd.

                  1.  Ramly Food Industries Sdn. Bhd.       6.  Ramly Halal Mart Sdn. Bhd.
                  2.  Ramly Food Processing Sdn. Bhd.       7.  Ramly Project Management Sdn. Bhd.
                  3.  Ramly Food Marketing Sdn. Bhd.        8.  Ramly Poultry Integrated Sdn. Bhd.
                  4.  Ramly Food Services Sdn. Bhd.         9.  Ramly Halal Kiosk Sdn. Bhd.
                  5.  Ramly Halal Logistic Sdn. Bhd.        10. Ramly Mokni Holding Sdn. Bhd.

                 Kejayaan Dato’ Dr. Haji Ramly Mokni didorong oleh kesedarannya menunaikan fardhu kifayah untuk
            menyediakan produk berasaskan daging yang halal dan suci yang tidak diragui oleh umat Islam.

                                                                      (Petikan dipetik dan disesuaikan daripada
                                                            laman sesawang rasmi Ramly Food Processing Sdn. Bhd.)






             352
   353   354   355   356   357   358   359   360   361   362   363