Page 354 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 354

Kod QR                                  Kebolehan Membuat Keputusan
                                                            Setiap masalah yang timbul mempunyai jalan
                                                            penyelesaiannya.  Seorang usahawan yang
                                                            berjaya tidak akan berputus asa dan cuba
                                                            memikirkan pendekatan yang sesuai untuk
             Sila layari laman sesawang                     menyelesaikan masalah. Usahawan akan
             https://www.bharian.com.my/                    membuat keputusan yang efektif dengan cepat
             node/288838 untuk membaca                      untuk menyelesaikan masalah.
             artikel berkaitan keusahawanan.
             (Dicapai pada 1 Oktober 2019).
                                                        Kemahiran Berkomunikasi
                                                            Seorang usahawan yang berjaya mampu
                                                            berkomunikasi dengan pelanggan, pihak
                                                            atasan, orang kenamaan, pembekal, pekerja,
                                                            rakan perniagaan dan pihak media. Kemahiran
             Tulis setiap ciri usahawan di                  berkomunikasi yang baik dapat memberi kesan
             atas kertas. Gulungkan dan                     yang besar kepada reputasi dan keuntungan
             masukkan dalam bekas. Setiap                   perniagaannya.
             murid mencabut kertas tersebut.
             Terangkan ciri tersebut dalam
             konteks seorang usahawan.                  Sanggup Mengambil Risiko
                                                           Seseorang yang sanggup mengambil risiko akan
                                                           menghadapi keadaan ketidakpastian pada masa
                                                           hadapan dengan penuh keyakinan. Setiap tindakan
                                                           yang berisiko akan diambil oleh usahawan untuk
                                                           memajukan perniagaannya.





                                                        Keupayaan Memimpin
                                                           Sebagai seorang pemimpin dalam perniagaan,
                                                           usahawan akan menentukan matlamat dan hala
                                                           tuju yang hendak dicapai. Keupayaan memimpin
                                                           merujuk kepada kebolehan seorang usahawan
                                                           untuk mempengaruhi pekerja atau ahli pasukan
                                                           untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.



                                                        Berdaya Saing
                                                           Usahawan yang mempunyai daya saing yang
                                                           tinggi akan sentiasa memikirkan cara untuk
                                                           menghasilkan produk dan perkhidmatan yang
                                                           lebih berkualiti. Ciri ini memberikan gambaran
                                                           kepada pesaing tentang kekuatan seseorang
                                                           usahawan dan akan menghasilkan persaingan
                                                           sihat dalam pasaran.










             348
   349   350   351   352   353   354   355   356   357   358   359