Page 353 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 353

Kreatif

                               Kreatif ialah mempunyai kebolehan mencipta,
                               menghasil dan mengembangkan sesuatu idea baharu
                               dan asli. Usahawan yang berjaya dapat mewujudkan
                               produk dan perkhidmatan yang baharu dan belum
                               pernah ada di pasaran.





                           Inovatif
                               Inovatif merupakan aktiviti menghasilkan sesuatu
                               pembaharuan atau perubahan produk atau
                               perkhidmatan yang lebih baik. Inovatif menggabungkan
                               daya pemikiran baharu dengan sesuatu yang sedia ada
                               untuk menyampaikan nilai baharu kepada pelanggan.



                           Bijak Merebut Peluang

                               Usahawan yang berjaya mampu menganalisis
                               persekitaran dan mengenal pasti peluang yang ada
                               dengan cepat. Mereka tidak akan membiarkan peluang
                               terlepas, malah dengan segera merebut peluang yang
                               wujud.




                           Berwawasan

                               Usahawan yang berjaya dapat melihat persekitaran
                               dan memandang jauh ke hadapan. Mereka akan
                               menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka
                               panjang serta optimistik. Usahawan yang berwawasan
                               tinggi juga mampu bersaing secara positif.




                           Lokus Kawalan Dalaman
                               Usahawan percaya dan yakin akan kebolehan dirinya
                               tanpa dipengaruhi faktor-faktor luaran. Mereka yakin
                               komitmen yang tinggi terhadap sesuatu perniagaan
                               akan menentukan jumlah keuntungan yang akan
                               diperoleh.




                           Tidak Mudah Putus Asa
                               Seorang usahawan yang berjaya tidak mudah putus
                               asa. Setiap perniagaan yang dijalankan tidak akan
                               mendapat keuntungan dalam sekelip mata. Usahawan
                               perlu melakukan beberapa percubaan sebelum
                               perniagaannya berjaya. Sekiranya usahawan mudah
                               berputus asa, maka perniagaan yang dijalankan tidak
                               akan kekal lama.


                                                                                                         347
   348   349   350   351   352   353   354   355   356   357   358