Page 200 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 200

4.3   MEMPROSES SOS CILI


           Pengenalan

           Sos cili merupakan makanan perasa yang disediakan daripada cili segar atau cili kering. Merujuk kepada
           Akta Makanan 1983, sos cili didefinisikan sebagai produk yang diproses daripada cili yang baik dan masak
           atau serbuk lada bersama-sama garam, gula, cuka dengan atau tanpa makanan lain. Sos cili hendaklah
           mengandungi tidak kurang daripada atau 5 peratus berat bagi setiap cili segar.
              Cili kering merupakan bahan utama dalam pemprosesan cili kering. Kapsaisin dalam cili merupakan
           sebatian alkaloid yang menentukan darjah kepedasan cili. Sos cili hendaklah mengandungi tidak kurang
           daripada 25% jumlah pepejal larut (total solid dissolved) dan 0.8% jumlah keasidan.
              Selain itu, cuka atau asid sitrik yang digunakan adalah untuk menurunkan pH sos kepada kurang
           daripada 4.5. Kandungan ini amat penting kerana bahan awet yang digunakan iaitu natrium benzoat
           mempunyai kesan yang maksimum hanya pada pH 4.5 dan ke bawah. Produk makanan perasa ini juga
           boleh mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan, bahan pewarna yang dibenarkan, bahan perisa
           yang dibenarkan dan kondisioner makanan yang dibenarkan.
              Sos cili hendaklah dimasak untuk membasmi mikroorganisma yang terdapat di dalam bahan mentah.
           Masa dan suhu memasak hendaklah dipatuhi untuk mendapatkan warna, kepekatan, mutu, yang seragam
           dan kestabilan sos. Pemprosesan haba yang lama akan menyebabkan sos lebih gelap warnanya. Sos cili
           dijual secara komersial dalam pelbagai varian pembungkusan. Contoh bahan pembungkus sos cili ialah
           botol kaca, botol plastik dan plastik high-density polyethylene (HDPE).



                  Info                            Tip
                                                  Tip
             1 kg cili segar = 99.12 g cili kering
                                               Tahukah anda susu boleh
                                               menghilangkan rasa pedas?















































             194
   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205