Page 234 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 234
Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus
Bahan
Bahan Mentah Fungsi
Kacang soya Bahan utama dalam pemprosesan susu kacang soya.
Gula Memberi rasa.
Daun pandan Memberi aroma.
Alatan
Peralatan Fungsi
Mangkuk Mengisi bahan mentah.
Besen Merendam kacang soya.
Kain maslin Menapis kacang soya yang telah diekstrak.
Periuk Memasak susu kacang soya.
Senduk Mengacau susu kacang soya yang dimasak.
Penimbang digital Menimbang bahan.
Mesin pengisar (Blender) Mengisar kacang soya.
Mesin pengekstrak Mengekstrak kacang soya yang telah dikisar.
Peti sejuk (Chiller) Menyimpan produk siap.
Bahan dan alatan pembersihan Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.
Perlengkapan Perlindungan Peribadi Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
(Personal Protective Equipment-PPE)
Bahan Pembungkus
Bahan Pembungkus Fungsi
Bekas plastik berpenutup Membungkus susu kacang soya yang telah siap.
Polyethylene Terephtalate (PET)
228

