Page 357 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 357
Datuk Steven Sim
Nama: Datuk Steven Sim Info
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Jawatan: Pengasas Secret Recipe Forbes merupakan majalah
Cakes and Café Sdn. Bhd. perniagaan Amerika yang
diterbitkan secara mingguan.
Majalah Forbes banyak
menerbitkan aktikel berkenaan
kewangan, industri, pelaburan
dan pemasaran. Isu semasa
dalam teknologi, komunikasi,
sains, politik dan undang-
undang turut diterbit dalam
majalah Forbes.
Latar belakang
Datuk Steven Sim dilahirkan pada tahun 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau berasal daripada
keluarga yang miskin dan ini menjadikan beliau sentiasa mencari cara untuk menambahkan
pendapatan sejak kecil lagi. Beliau pernah bercita-cita untuk menjadi pereka hiasan dalaman
tetapi bakat beliau lebih terserlah dalam bidang perniagaan makanan. Datuk Steven Sim juga
pernah berkhidmat sebagai pengarah pemasaran di sebuah syarikat antarabangsa namun,
nalurinya terhadap keusahawanan yang kuat menyebabkan beliau memulakan sebuah
perniagaan kek dan kopi dengan konsep baharu.
Bermula sekitar tahun 1997, Datuk Steven Sim dibantu oleh tiga orang anak saudaranya
(pembuat kek) untuk memulakan perniagaan kek dan kopi. Perniagaan yang bermodalkan
RM 150,000 ini mengetengahkan konsep “casual dining” iaitu hidangan dinikmati sambil
bersantai dengan layanan kelas pertama dan harga yang berpatutan. Cawangan Secret Recipe
yang pertama di SS2 Petaling Jaya.
Secret Recipe telah menjadi satu jenama yang ikonik dalam kalangan rakyat Malaysia
dengan 440 cawangan di seluruh dunia. Melalui kesungguhan Datuk Steven Sim, Secret Recipe
Cakes & Café’s menjadi sebagai salah satu jenama mewakili Malaysia yang diberi pengiktirafan
halal semenjak mula beroperasi. Kini, cawangan café terkenal ini boleh ditemui di kawasan
bandar-bandar utama dan pusat membeli belah sekitar Malaysia, Singapura, Indonesia,
Thailand, China, Brunei, Maldives dan Bangladesh.
(Petikan dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang rasmi family.my)
Aktiviti
Cari maklumat berkaitan usahawan
produk makanan yang lain di Malaysia.
Bentangkan maklumat tersebut dalam
bentuk peta i-Think.
351

