Page 358 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 358
Dato’ Dr. Haji Ramly Mokni
Nama: Dato’ Dr. Haji Ramly bin Mokni
Asal: Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak
Jawatan: Pengarah Urusan Ramly Food
Processing Sdn. Bhd.
Latar belakang
Ramly Food Processing Sdn. Bhd. sebelum ini dikenali sebagai Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn . Bhd. telah
diasaskan oleh Dato’ Dr. Haji Ramly Mokni dan Datin Hajah Shala Siah Abdul Manap pada tahun 1984. Fokus
utama syarikat adalah untuk menyediakan produk yang halal, bersih dan berkualiti.
Kilang pemprosesannya terletak di SME Industrial Park Mukim Batu, Kuala Lumpur. Syarikat beliau
menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada lapisan masyarakat yang berminat menceburi bidang
pengurusan, pengeluaran, pemasaran dan pengedaran.
Konsep “halalan thoyiba” ditekankan dalam produk Ramly untuk memberi keyakinan kepada pengguna
sebagai produk pilihan utama keluarga. “Halalan thoyiba” membawa maksud suci dan bersih mengikut hukum
syariah dan selamat untuk dimakan.
Dato’ Dr. Haji Ramly memegang prinsip tidak mudah putus asa. Menurut beliau, dunia perniagaan penuh
dengan cabaran. Namun, berkat usaha bersungguh-sungguh, kini jenama Ramly amat terkenal di Malaysia.
Bermula dengan bekerja sebagai pemotong daging di pasar raya, beliau terpanggil untuk menceburi bidang
pemperosesan daging. Hal ini kerana beliau ingin mengeluarkan produk pemprosesan daging yang bersih
dan tidak mempunyai keraguan terhadap status halalnya.
Antara produk yang dikeluarkan ialah burger, frankfurter, cocktail, nugget, ayam segar, makanan laut,
daging kisar dan lain-lain.
Berikut merupakan senarai syarikat yang berdaftar di bawah Ramly Food Processing Sdn. Bhd.
1. Ramly Food Industries Sdn. Bhd. 6. Ramly Halal Mart Sdn. Bhd.
2. Ramly Food Processing Sdn. Bhd. 7. Ramly Project Management Sdn. Bhd.
3. Ramly Food Marketing Sdn. Bhd. 8. Ramly Poultry Integrated Sdn. Bhd.
4. Ramly Food Services Sdn. Bhd. 9. Ramly Halal Kiosk Sdn. Bhd.
5. Ramly Halal Logistic Sdn. Bhd. 10. Ramly Mokni Holding Sdn. Bhd.
Kejayaan Dato’ Dr. Haji Ramly Mokni didorong oleh kesedarannya menunaikan fardhu kifayah untuk
menyediakan produk berasaskan daging yang halal dan suci yang tidak diragui oleh umat Islam.
(Petikan dipetik dan disesuaikan daripada
laman sesawang rasmi Ramly Food Processing Sdn. Bhd.)
352

