Page 362 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 362
Prosedur Pendaftaran Perniagaan
Setiap perniagaan yang hendak didaftar perlu mengikut prosedur
yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
7.2.3 Membincangkan prosedur Berikut merupakan prosedur pendaftaran sesebuah perniagaan:
pendaftaran perniagaan.
Panduan Am Pendaftaran Perniagaan
Berikut merupakan panduan yang disediakan oleh SSM untuk
pendaftaran perniagaan:
Perniagaan mestilah telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari tarikh
permulaan perniagaan.
Pendaftaran baharu perniagaan boleh dilakukan bagi jangka masa satu (1) tahun dan
tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
Jenis perniagaan yang didaftarkan mestilah mematuhi keperluan undang-undang,
keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperoleh dalam masa satu (1) jam dari waktu
pembayaran dibuat.
Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftar perniagaan adalah membuat
suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956) dan sekiranya
disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 50,000 atau
dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.
Pemilik perniagaan bertanggungjawab bagi mendapatkan lesen, permit atau surat
kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan untuk jenis atau
aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah
didaftarkan di SSM seperti majlis perbandaran dan sebagainya.
(Sumber: Laman sesawang rasmi SSM)
Sebelum memulakan sesebuah perniagaan, pendaftaran perniagaan perlu dilakukan di bawah
SSM. Terdapat dua cara dalam mendaftar perniagaan iaitu pendaftaran secara dalam talian (online) dan
pendaftaran di kaunter.
1 Pendaftaran Secara dalam Talian (Online)
1. Layari laman sesawang rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
2. Tekan butang sign up untuk mendaftar perniagaan anda
356

