Page 102 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 102

f)  Elakkan bermain di kawasan sunyi seperti di belakang bangunan dan jangan berlari di kawasan
                   persekitaran bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku.

               g)  Jalankan aktiviti di padang dengan pengawasan guru serta tidak memanjat tiang gol dan
                   menggunakan peralatan sukan tanpa kebenaran guru.

            Antara langkah-langkah yang boleh diambil ketika berhadapan dengan situasi bahaya ketika berada di sekolah.

               a)  Berhadapan dengan binatang berbisa

                      i.   Jika berhadapan dengan binatang berbisa seperti ular, kala jengking atau sebagainya ketika
                          berada di sekolah, pastikan jarak anda jauh daripada binatang tersebut.
                     ii.   Segera memaklumkan kepada guru atau pengawal keselamatan yang berhampiran.
                     iii.   Pastikan tidak kembali ke kawasan tersebut dan tunggu guru atau orang dewasa yang lain
                          membuat tindakan selanjutnya.





















                                    Terdapat juga kes binatang berbisa di kawasan sekolah

               b)  Berhadapan dengan situasi kebakaran bangunan di sekolah

                      i.   murid-murid dikehendaki tidak panik dan mengikuti arahan guru.
                     ii.   Dengan seberapa segera, murid diminta untuk keluar ke kawasan perhimpunan kecemasan
                          yang ditetapkan mengikut pelan kecemasan kebakaran.

               c)  Melihat rakan diambil oleh orang yang tidak dikenali / diculik ketika pulang dari sekolah

                      i.   Jika terlihat rakan anda sedang bergelut dengan orang yang tidak dikenali, segera
                          memaklumkan kepada pengawal keselamatan sekolah.
                     ii.   Jika terlambat, segera lihat dan catat atau hafal nombor pendaftaran kenderaan penculik
                          berkenaan.
                     iii.   Terus memaklumkan kepada guru berserta butiran kenderaan penculik, keadaan dan rupa
                          penculik.





















                                          Gambar hiasan : penculikan kanak-kanak
                                                            71
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107