Page 97 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 97
v. Setelah tiang itu kelihatan seperti huruf x, dirikan khemah tersebut. Tempatkan hujung tiang
itu di lubang sisi khemah. Pastikan rakan juga melaksanakan perkara yang sama pada sisi
yang bertentangan. Semasa hendak memasukkan tiang ini hendaklah membengkokkan tiang
tersebut kepada bentuk D. Ulangi proses ini untuk tiang satu lagi.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia. Kandungan ini
dikongsi di bawah lesen Creative Common.
vi. Seterusnya memasang kain hujan (kain luar). Pemasangan kain ini adalah sama caranya
dengan pemasangan khemah tadi.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia. Kandungan ini
dikongsi di bawah lesen Creative Common.
vii. Jika kawasan tersebut mempunyai angin yang kencang sila pastikan pancang dipasang di sisi
khemah.
viii. Seterusnya letakkan beg khemah dan alatan khemah yang tidak di gunakan seperti pacang
yang berlebihan di dalam khemah supaya tidak hilang.
b) MENURUNKAN KHEMAH
Kaedah-kaedah bagi menurunkan khemah adalah seperti berikut:
i. Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah.
ii. Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.
iii. Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah.
iv. Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada khemah.
v. Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.
vi. Bentangkan khemah di atas tanah.
vii. Selepas itu, khemah perlu digulung dan segala pancang perlu dimasukkan di tengah-tengah.
66

