Page 100 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 100

bilik darjah adalah seperti tingkap bilik darjah. Bucu tingkap tersebut tajam dan boleh mencederakan
                   murid-murid.

                          Selain itu, meja dan kerusi juga berbahaya kepada murid terutama meja dan kerusi yang tidak
                   sempurna  atau  telah  rosak.  Murid-murid  perlu  berhati-hati  agar  perkara  yang  tidak  diingini  boleh
                   dielakkan.
































                                                 Gambar hiasan: bilik darjah

               b)  Di Luar Bilik Darjah

                   Kawasan sekolah merupakan kawasan yang luas. Oleh yang demikian, terdapat banyak kawasan di
                   sekolah yang berisiko kepada murid-murid. Di kawasan-kawasan inilah terdapatnya peralatan-peralatan
                   atau keadaan di mana boleh mendatangkan mudarat dan kecederaan kepada murid-murid. Murid-murid
                   perlu mengenalpasti dan berhati-hati dengan kawasan-kawasan berbahaya dan berisiko di kawasan
                   sekolah ini.























                                             Gambar hiasan: Kawasan Sekolah

                          Tempat pelupusan atau pembakaran sampah di sekolah adalah merupakan salah satu tempat
                   berisiko dan berbahaya kepada murid-murid. Tempat pelupusan sampah seperti itu mungkin menjadi
                   tempat bagi haiwan-haiwan berbisa seperti kala jengking, ular ataupun tebuan bersarang dan membiak.

                          Selain  daripada  itu,  tandas  juga  merupakan  tempat  yang  berisiko  bagi  murid-murid.
                   Kemalangan  seperti  terjatuh  atau  tergelincir  serta  terhantuk  mungkin  berlaku.  Selain  daripada  itu,
                   tandas juga merupakan tempat berpotensi bagi haiwan berbisa seperti kala jengking serta ular berada
                   dan murid-murid perlu berhati-hati semasa ke tandas.
                                                            69
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105