Page 99 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 99
KESELAMATAN DI SEKOLAH
PENGENALAN
Sekolah merupakan tempat di mana murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Hampir separuh daripada hari
murid-murid diluangkan di sekolah. Jadi keselamatan murid-murid di kawasan sekolah perlu dititikberatkan.
Terdapat beberapa perkara yang murid perlu ambil perhatian bagi menjamin keselamatan mereka ketika berada
di kawasan sekolah.
Pihak kementerian juga telah mengambil langkah bagi memastikan keselamatan murid-murid berada di
dalam keadaan sebaik mungkin ketika mereka menjalankan segala aktiviti di sekolah. Pihak kementerian telah
mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas sebagai panduan semua pihak terutamanya bagi pihak pentadbir
sekolah serta guru untuk menjalankan langkah keselamatan yang komprihensif di sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai pengurusan
keselamatan murid di sekolah
KAWASAN BERBAHAYA DI DALAM DAN DI SEKITAR KAWASAN SEKOLAH
a) Di Dalam Bilik Darjah
Bilik darjah merupakan kawasan yang paling utama bagi murid-murid kerana bilik darjah merupakan
tempat paling lama murid-murid luangkan semasa sesi persekolahan. Antara yang berisiko di dalam
68

