Page 145 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 145

KHIDMAT MASYARAKAT

               PENGENALAN

               Khidmat  masyarakat  boleh  dianggap  sebagai  satu  tindakan  membantu  golongan  masyarakat  yang
               memerlukan  bantuan  tanpa  mengharapkan  sebarang  balasan.  Khidmat  masayarakat  ini  boleh
               dilaksanakan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu dan tempat. Sebagai seorang murid sekolah,
               kita digalakkan untuk mengamalkan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat di sekolah
               kerana  secara  tidak  langsung,  ianya  dapat  meningkatkan  semangat  kesukarelaan  dalam  kalangan
               murid-murid.


               FAEDAH AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

               Aktiviti khidmat masyarakat sangat penting dan perlu dititikberatkan kepada semua lapisan masyarakat.
               Aktiviti seumpama ini boleh dibuat sebagai aktiviti tahunan ataupun berkala bagi meningkatkan lagi
               rasa tanggungjawab dalam kalangan murid-murid. Antara faedah aktiviti khidmat masyarakat adalah
               seperti berikut:



                           memberikan murid persepsi         memupuk semangat menghargai
                         tentang kehidupan yang sebenar      warga tua dan yang memerlukan

                                                    Faedah Aktivti
                                                       Khidmat
                                                      Masyarakat


                             menjauhkan murid-murid             melahirkan murid-murid
                          daripada aktiviti yang tidak sihat  yang berkeperibadian tinggi



















                                                           114
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150