Page 146 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 146

KAWAD STATIK DAN KAWAD DINAMIK

               KAWAD DINAMIK

               HORMAT SELAKU TERIMA SIJIL

                   a)  Penerangan

                      i.   Hukuman jatuh pada kaki kiri semasa kaki kanan penuh di atas.
                     ii.   Anggota kadet membuat pergerakan seperti berhenti jalan dengan kiraan “Cek, Satu,
                          Dua”.
                     iii.   Memberi hormat ke hadapan dan turun tangan.
                     iv.   Angkat kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci, tumit pacak dengan masa yang sama tangan
                          di sisi seperti sedia.
                     v.   Kemudian, angkat kaki kanan ke hadapan, bengkok lutut, peha paras, kaki kanan hentak
                          di sebelah kaki kiri dengan pantas.
                     vi.   Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus, jari tutup rapat dan terbuka
                          menghadap ke atas.
                    vii.   Tarik kedua-dua belah tangan ke sisi.
                    viii.   Angkat kaki kiri ke belakang sejauh 30 inci dengan masa yang sama tangan di sisi seperti
                          sedia.
                     ix.   Kemudian, angkat kaki kanan ke belakang, bengkok lutut, peha paras, kaki kanan hentak
                          di sebelah kaki kiri dengan pantas.
                     x.   Memberi hormat ke hadapan sekali lagi dan turun tangan.
                     xi.   Seterusnya, berpusing ke belakang, angkat kaki kiri, bengkokkan lutut, peha paras dan
                          hentak di sebelah tumit kaki kanan sampai seperti kedudukan sedia.
                    xii.   Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit terpacak. Tapak
                          kaki kiri dibelakang rata dengan bumi.masa yang sama, lenggang tangan kiri ke hadapan
                          paras dengan bahu dan tangan kanan ke belakang seberapa jauh yang boleh dan terus
                          maju.

                 Peringatan : Terdapat 13 pergerakan bermula dari hormat sehingga hentak kaki sebelum berjalan
                                                         semula.


                   b)  Ayat Hukuman
                       “Selaku terima sijil, hormat ke hadapan… hormat!”


               TUKAR LANGKAH SEMASA BERJALAN

               Tukar Langkah Dengan Nombor

                   a)  Penerangan

                         i.   Hukuman diberi – “Tukar” atas kaki kiri dan “Langkah” atas kaki kanan berturut-turut.
                         ii.   Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tapak kaki
                              rata dengan bumi, tumit kaki kanan di belakang terangkat sedikit. Anggota badan
                              yang lain diam.





                                                           115
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151