Page 149 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 149

•   Jika berlaku sesuatu kesilapan dalam membuat bilangan, jurulatih hendaklah
                              memberi hukuman “Salah” dan memberitahu nombor terakhir yang betul. Anggota
                              kadet yang dipanggil nombornya itu hendaklah menyebut nombornya semula dan
                              barisan hadapan menyambung panggilan nombor itu darinya.
                          •   Apabila dapat hukuman “Semula”, skuad berhenti membilang tanpa hukuman yang
                              lain, skuad akan mulai membilang dari nombor satu semula.
                          •   Membilang nombor boleh dilakukan dari kiri dengan hukuman “Dari kiri, nombor!”


               HORMAT KE KANAN

                   a)  Penerangan

                         i.   Hormat diberikan semasa berkawad kepada pegawai yang berada di hadapan
                              perbarisan.
                         ii.   Hukuman diberikan atas kaki kanan semasa kaki kiri penuh di atas.
                        iii.   Kaki kiri langkah ke hadapan dengan tumit pacak, kiraan “Cek” manakala tangan
                              berada di sisi dalam keadaan sedia.
                        iv.   Diikuti langkah kaki kanan ke hadapan dengan tumit pacak, kiraan “Up”, tangan
                              kanan diangkat seperti memberi hormat dan kepala dipalingkan ke kanan.
                         v.   Seterusnya langkahan diteruskan dengan kiraan “Kiri – Kanan – Kiri” dan tangan
                              kanan masih memberi hormat dan kepala dipalingkan ke kanan.
                        vi.   Langkah kaki kanan ke hadapan dengan kiraan “Potong”, tangan kanan turun ke
                              bawah dalam keadaan sedia dalam masa yang sama kepala dipalingkan ke hadapan
                              semula.
                        vii.   Teruskan langkah kaki kiri, tumit dipacakkan, tangan kanan lenggang ke hadapan
                              paras dan tangan kiri lenggang ke belakang seberapa yang boleh dengan kiraan
                              “Maju”.

                   b)  Ayat Hukuman
                       “Hormat ke kanan… hormat!”

























                                                           118
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154