Page 147 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 147

Skuad – Dua
                                 •   Bawa kaki kanan ke hadapan, bengkokkan lutut, peha paras dan hentak di
                                     belakang tumit kaki kiri.
                                 •   Masa yang sama dengan pantas tolak kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci,
                                     keadaan tergantung dan tapak kaki rata dengan bumi.
                              Skuad – Tiga
                                 •   Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan terus berjalan
                                     dengan perlahan-lahan
                        iii.   Menukar langkah dengan kaki kanan dahulu boleh diajar dengan cara yang serupa
                              kecuali bagi kiri dibacakan kanan dengan setiap perbuatan.
                        iv.   Setelah mengajar pergerakan dengan nombor, skuad berjalan terus tanpa gangguan.
                              Pergerakan yang pertama dan ketiga dilakukan dua kali ganda masa itu. Hukuman
                              diberi pada kaki yang berturut-turut.

               Tukar Langkah Semasa Cepat Jalan

                   a)  Penerangan

                         i.   Hukuman diberi “Tukar” atas kaki kiri dan “Langkah” atas kaki kanan berturut-turut.
                         ii.   Penuhkan langkah kaki kIri ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti. Keadaan tapak
                              kaki kiri rata di atas bumi, tumit kaki kanan di belakang terangkat sedikit. Kedua-dua
                              tangan dalam keadaan berlenggang.
                        iii.   Bawa kaki kanan ke hadapan bengkokkan lutut, peha paras dan hentakkan kaki
                              kanan di sebelah kaki kiri. Dengan masa yang sama tolakkan kaki kiri ke hadapan 15
                              inci dan bawa kedua-dua tangan kedudukan sedia.
                        iv.   Penuhkan langkah kaki kiri kehadapan sejauh 30 inci keadaan tumit pacak, masa
                              yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan tangan kiri ke belakang danterus
                              berjalan dan berteriak masa kiri – kanan – kiri.

                   b)  Ayat Hukuman
                       “Tukar, langkah!”


               PARASKAN SKUAD

               Paras  boleh  dilakukan  samada  yang  tinggi  ke  kanan,  rendah  ke  kiri  atau  tinggi  di  tengah-tengah.
               Hukuman diberikan dengan menjadikan semua orang ke dalam satu barisan dan menyusun mereka
               mengikut tinggi rendah atau sebaliknya sebagaimana yang dikehendaki. Anggota kadet mesti dalam
               keadaan sedia.

               Terdapat empat jenis paras :-

               Rendah di Tengah











                   a)  Ayat Hukuman

                         i.   “Yang tinggi ke kanan… rendah kekiri… dalam satu barisan, paras!”
                         ii.   “Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang…
                              gerak!”


                                                           116
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152