Page 82 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 82
Kepentingan peti pertolongan cemas dapat dilihat dalam peta grafik berikut:
Menyimpan item/ ubatan untuk
melakukan pertolongan cemas
Memenuhi keperluan perundangan -
terdapat akta yang menegaskan perlu ada
peti pertolongan cemas di tempat kerja
Kepentingan peti
pertolongan cemas
Memudahkan perawatan awal
dilaksanakan sebelum ketibaan
pakar/pesakit ke hospital
Henti atau halang kecederaan
menjadi lebih teruk
LUKA KECIL
PENGENALAN
Luka merupakan kecederaan kerap dialami oleh kebanyakan individu. Luka ditafsirkan sebagai sejenis
kecederaan pada tisu badan yang boleh menyebabkan pengaliran darah. Terdapat dua jenis luka iaitu luka
terbuka dan luka tertutup.
Kebanyakan luka adalah terbuka dan terkoyak yang menyebabkan darah mengalir keluar dari badan.
Kulit akan terbelah dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Luka tertutup pula membenarkan darah terlepas daripada sistem peredaran darah tetapi tidak mengalir
keluar. Apabila mengalami luka tertutup, kulit tidak terkoyak dan hanya akan mempunyai simptom seperti lebam
dan bengkak.
Luka terbuka
Luka tertutup
Luka terbuka Luka tertutup
i. Luka Terhiris
Luka terhiris merupakan salah satu jenis luka terbuka. Luka ini kemungkinan berlaku disebabkan
oleh terkena objek tajam seperti pisau atau serpihan kaca. Pendarahan semasa luka ini mungkin
banyak, bergantung kepada kawasan terhiris. Walau bagaimanapun, kulit yang mengalami
kecederaan senang ditaut (bercantum) kembali.
ii. Luka Terkoyak
Luka terkoyak juga merupakan satu lagi jenis luka dalam kategori luka kecil. Luka terkoyak
berkemungkinan disebabkan oleh terkena mesin atau jentera, tersangkut pada dawai kawat yang
tajam dan boleh juga disebabkan objek tajam.
51

