Page 84 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 84

PENGENALAN TALI

            PENDAHULUAN

            Ikatan dan simpulan sangat sinonim dengan aktiviti luar. Penggunaannya begitu meluas sekali  terutamanya
            dalam aktiviti perkhemahan, permainan, mendaki, menyelamat dan banyak lagi.

                   Oleh itu, kemahiran dalam ikatan dan simpulan ini cukup berguna sebagai pengetahuan penting dalam
            melakukan aktiviti luar. Ikatan, simpulan mahupun lilitan yang baik adalah apabila ia teguh, selamat dan tepat
            bertepatan dengan tujuan ikatan itu dibuat serta dapat dibuka dengan mudah jika perlu dibuka.


            JENIS TALI

            Pada zaman dahulu, tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu dan kemudiannya pula  daripada
            rotan,  akar-akar  kayu,  sabut,  rami  dan  sebagainya.  Kini,  tali  mengalami  transformasinya  tersendiri  dengan
            menggantikan penggunaan bahan-bahan Tersebut kepada bahan lebih tahan lama dan kuat seperti nilon dan
            bahan-bahan campuran yang lain.


                                         Tali kernmantle

                                         Jenis tali yang dibuat daripada bahan Nylon, KERN ( bahasa Jerman )
                                         bermaksud INTI dan MANTLE ( bahasa Inggeris Kuno ) LAPISAN
                                         LUAR. Kekuatan inti tali sebanyak 70% dan lapisan luarnya 30% tahan
                                         daripada geseren. Terdapat dua jenis tali ini ialah statik dan dinamik .


                                         Tali belati
                    Tiga jenis tali
                                         Kekuatannya sederhana dan harganya murah. Digunakan secara
                                         meluas dalam kerja menyelamat.


                                         Tali kabel ( wire rope )
                                         Terdiri daripada beberapa helai wayar logam diletakkan secara
                                         berpintal.




                           Tali Kermantle              Tali Belati         Tali Kabel ( wire rope )


















                                                            53
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89