Page 77 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 77
i. Hukuman diberi semasa kaki kanan naik penuh (hukuman atas kaki kiri), hentakkan kaki
kanan disebelah kaki kiri (kiraan ‘cek’) hentak kaki kiri dan kanan (kiraan satu, dua)
sampai dalam kedudukan sedia.
ii. Anggota badan yang lain tidak berubah.
Hentak Kaki Daripada Perlahan Jalan
a) Penerangan
i. Hentak kaki – diberi dengan amaran hukuman yang panjang dan hukuman pelaksanaan
kaki kanan melalui kaki kiri. Penuhkan langkah kaki kanan dan mula menghentak kaki
dengan kaki kiri.
ii. Maju – untuk bergerak kehadapan bila menghentak kaki perlahan hukuman adalah
“Maju”. Hukuman diberi apabila lutut kanan naik penuh. Hentakkan kaki kanan di sebelah
kaki kiri dengan pantas, dengan masa yang sama tolak kaki kiri kehadapan dan terus
berjalan
Hentak Kaki Dari Cepat Jalan
a) Penerangan
i. Hentak kaki – hukuman dilaksanakan apabila kaki kiri melalui kaki kanan.Penuhkan
langkah kaki kiri kehadapan sejauh 30 inci dan dibawa kaki kanan ke hadapan rapat pada
kaki kiri dengan masa yang sama bawa kedua-dua tangan ke hadapan sedia dan terus
hentak kaki (kaki kiri).
ii. Maju –.Hukuman “Maju” digunakan apabila kaki kiri sedang naik. Penuhkan naik kaki kiri
dan hentak. Angkat kaki kanan ke hadapan, bengkok lutut, peha paras,kaki kanan hentak
di sebelah kaki kiri dengan pantas, langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci, tumit
pacak dengan masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan – tangan kiri ke
belakang.
BERSURAI / KELUAR BARIS
a) Penerangan
Dengan hukuman keluar baris, buat pergerakan berpusing kekanan semasa berhenti, kemudian
berjalan dalam masa cepat jalan tiga langkah ke hadapan, barulahbersurai / keluar dari barisan dan
terus berjalan bersendirian keluar dari padang kawad untuk berehat.
b) Ayat Hukuman
“Keluar…baris!”
Atau
“Bersurai!”
Peringatan : Semua pergerakan ini dibuat mengikut kadar 40 pergerakan seminit.
50

