Page 87 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 87

PENGENALAN API

            DEFINISI API

            Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian, api tetap akan menjadi berbahaya sekiranya
            tidak dikawal dengan betul. Api ialah suatu reaksi kimia (pengoksidaan) cepat yang terbentuk dari 3 unsur iaitu
            haba,  oksigen  dan  bahan  mudah  terbakar  yang  menghasilkan  sesuatu  unsur  panas  (haba)  dan  cahaya.
            Keadaan yang sedemikian didefinisikan sebagai kebakaran.

                   Kebakaran  biasanya  berlaku  disebabkan  oleh  kelalaian  manusia,  kerosakan  mekanikal  mahupun
            elektrikal.  Kejadian  semulajadi  seperti  kilat  yang  menyatukan  oksigen,  bahan  dan  haba  turut  menyumbang
            kepada  berlakunya  api.  Api  boleh  dipadamkan  dengan  mengeluarkan  oksigen,  mengurangkan  suhu  atau
            kepanasan bahan ataupun memutuskan rangkaian tindakan berantai.

                   Tindakan  untuk  menghindari  terjadinya  kebakaran  kita  dapat  mengambil  tindakan  pencegahan  iaitu
            dengan cara menempatkan barang-barang yang mudah terbakar ditempat yang aman dan jauh dari api. Selain
            itu,  tidak  merokok  dan  melakukan  pekerjaan  yang  melibatkan  haba  di  tempat  adanya  barang-barang  yang
            mudah  terbakar,  tidak  membuat  sambungan  elektrik  sembarangan  dan  tidak  memasang  palam  elektrik
            bertindih-tindih.


            KEGUNAAN DAN RISIKO API

            Terdapat beberapa kegunaan api dalam kehidupan seharian kita. Namun demikian, terdapat juga beberapa
            risiko  yang  perlu  kita  ketahui  ketika  kita  menggunakan  api.  Berikut  adalah  beberapa  kegunaan  api  dalam
            kehidupan seharian.


                                           Kegunaan Api





                                                     digunakan                       sumber
                                                       dalam        penjanaan
                         untuk         sebagai         proses         tenaga         cahaya
                      memasak         pemanas                                         ketika
                                                     pelupusan        elektrik     kecemasan
                                                      sampah
















                                                            56
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92