Page 89 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 89

EGITIGA API






               Terdapat 3 unsur menyebabkan berlakunya kebakaran:

                  i.   Bahan.
                 ii.   Oksigen.
                 iii.   Haba


            Tindakbalas daripada tiga unsur ini (Segitiga Kebakaran)

            Kebakaran terjadi disebabkan oleh banyak perkara seperti  kelalaian, kurangnya pengetahuan, peristiwa alam,
            disengaja dan lain-lain. Tiga unsur penting iaitu oksigen, bahan api dan haba  diperlukan bagi mencetuskan
            kebakaran. Kebakaran tidak dapat berlaku jika tiada salah satu daripada unsur-unsur tersebut.

               a)  Unsur Bahan

                     i.    DALAM BENTUK GAS               :    Gas Asli, Propana, Butana, Hidrogen,
                                                               Asetilena, Karbon Monoksida
                    ii.    DALAM BENTUK CECAIR            :    Gasolin, Kerosen, Turpentin, Alkohol, Cat,
                                                               Varnis, Lakkuer
                    iii.   DALAM BENTUK PEPEJAL           :    Arang Batu, Kayu, Baju, Kulit, Getah, Plastik,
                                                               dan Lain-lain.

               b)  Unsur Oksigen

                   Lebih kurang 16% kandungan oksigen di dalam udara diperlukan untuk membantu kebakaran. Di dalam
                   udara biasanya mengandungi 21% oksigen. Sesetengah bahan juga mengandungi oksigen yang cukup
                   untuk membantu kebakaran dengan sendirinya.

               c)  Unsur Haba

                   Bahan-bahan yang mudah terbakar boleh menjadi bahan api seperti kayu, perkakas rumah, kertas, gas
                   memasak dan lain-lain.

            Api pula mempunyai kelas-kelasnya yang tersendiri. Api kebakaran boleh diklasifikasikan kepada 4 jenis iaitu;

               a)  Kelas A
                   Api berpunca daripada bahan pepejal (kecuali logam) sepeti kayu, kertas, kain, plastik dan sebagainya.

               b)  Kelas B
                   Berpunca dari bahan cecair yang mudah terbakar seperti minyak petrol, gas dapur, diesel, varnis, cat
                   dan sebagainya.

               c)  Kelas C
                   Berpunca dari gas atau wap yang mudah terbakar seperti hidrogen, methane, propane, oxy-acetylene,
                   gas LPG dapur dan sebagainya.

               d)  Kelas D
                   Berpunca dari bahan logam seperti magnesium, aluminium, natrium, kalium dan sebagainya.

               e)  Kelas E
                   Berpunca dari bahan masakan seperti minyak masak atau lemak.

                                                            58
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94