Page 76 - Bahasa_Melayu_Tahun_4_SK
P. 76

Seni Bahasa




           Hadif, Haziq dan Rajiv ke pesta kebudayaan di pusat komuniti.


           Hadif:         Selamat pagi, abang.
           Abang Aziz:  Selamat pagi.

           Hadif:         Abang, banyak peniaga di sini memakai tanjak.

           Abang Aziz:  Betul, adik. Kami bulat kata bersetuju memakai tanjak
                          sewaktu berniaga.

           Hadif:         Mengapakah mereka memilih untuk memakai tanjak?

           Abang Aziz:  Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghargai hasil seni
                          tradisional negara, bak kata pepatah tidak lapuk dek hujan,
                          tidak lekang dek panas. Memakai tanjak dapat menyanjung
                          adat resam kita seperti pepatah adat lama pusaka usang.

           Hadif:         Mengapakah tanjak mereka pelbagai bentuk?

           Abang Aziz:  Tanjak mempunyai pelbagai jenis lipatan. Lipatan tanjak
                          ini berbeza mengikut negeri seperti peribahasa lain padang
                          lain belalang. Setiap negeri ada cara ikatan dan lipatan
                          masing-masing. Lipatan tanjak negeri Terengganu terkenal
                          dengan nama Lang Melayang. Negeri Sabah pula terkenal
                          dengan Dastar Siga. Motif Dastar Siga menjadi corak
                          utama pada duit syiling lima sen baharu.

           Hadif:         Terima kasih, abang. Banyak maklumat saya

                          peroleh tentang tanjak.
           Abang Aziz:  Sama-sama.


                  Info

             Peribahasa lain padang lain belalang
             bermaksud setiap tempat yang dikunjungi
             mempunyai cara dan adat yang berbeza.





           Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa.

                         Bimbing murid membaca dialog dengan   Strategi P&P: Kecerdasan Pelbagai
          70             sebutan yang betul.
                   4.1.1                                     KBAT: Menganalisis
                         Murid membuat simulasi di depan kelas.  EMK: Hemah tinggi
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81