Page 78 - Bahasa_Melayu_Tahun_4_SK
P. 78
T Tatabahasa
Pusaka Bangsa
Hadif mencari maklumat tentang seni tari dabus daripada
Internet. Dia perlu membentangkan tugasan itu pada hari esok.
Tarian dabus ialah tarian tradisional yang berasal dari negeri
Perak. Tarian ini dipersembahkan sejak beratus-ratus tahun
dahulu. Dabus terdiri daripada beberapa peralatan muzik
seperti rebana, gong dan buah dabus. Rebana diperbuat
daripada pelbagai kayu seperti kayu nangka, cengal, halban,
tembusu dan jati. Kayu-kayu ini keras dan tahan lama.
Untuk mempersembahkan tarian dabus, sekurang-kurangnya
tiga orang diperlukan, iaitu pemain rebana, pemain gong dan penari. Namun
begitu, untuk lebih meriah, sekurang-kurangnya tujuh atau lapan pemain
diperlukan. Dalam sesuatu persembahan, sekiranya tanpa penari, kesenian
ini tidak dipanggil dabus tetapi dipanggil bardah.
Untuk seseorang itu mahir dalam kesenian dabus memerlukan masa
lebih kurang enam bulan. Namun begitu, seseorang yang berlatih menari
memerlukan masa lebih kurang sebulan sahaja. Setiap pemain dabus perlu
pandai memainkan semua alat muzik dan pandai menari. Hal ini dikatakan
demikian bagi memastikan masalah mencari pengganti tidak timbul dan
mengganggu kelancaran persembahan.
Dabus merupakan tarian tradisional yang unik. Tarian ini dipersembahkan
dalam adat istiadat Melayu seperti adat perkahwinan, berkhatan dan berendoi.
Sebahagian daripada masyarakat dahulu menganggap tarian ini untuk
golongan berada kerana dimainkan di istana. Tarian ini harus dipelajari
oleh generasi kini bagi memastikan pusaka bangsa ini terus kekal dan
dipelihara sepanjang zaman.
(Sumber: Dewan Budaya, 2018)
Munsyi Cilik
Tarian dabus ialah tarian tradisional yang berasal dari negeri
Perak. Tarian ini dipersembahkan sejak beratus-ratus tahun
dahulu. Dabus terdiri daripada beberapa peralatan muzik
seperti rebana, gong dan buah dabus. Rebana diperbuat
daripada pelbagai kayu seperti kayu nangka, cengal, halban,
tembusu dan jati. Kayu-kayu ini keras dan tahan lama.
Untuk mempersembahkan tarian dabus, sekurang-kurangnya
tiga orang diperlukan, iaitu pemain rebana, pemain gong dan penari. Namun Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan jumlah pada frasa nama.
begitu, untuk lebih meriah, sekurang-kurangnya tujuh atau lapan pemain
diperlukan. Dalam sesuatu persembahan, sekiranya tanpa penari, kesenian
ini tidak dipanggil dabus tetapi dipanggil bardah.
Untuk seseorang itu mahir dalam kesenian dabus memerlukan masa
lebih kurang enam bulan. Namun begitu, seseorang yang berlatih menari
memerlukan masa lebih kurang sebulan sahaja. Setiap pemain dabus perlu
pandai memainkan semua alat muzik dan pandai menari. Hal ini bagi
memastikan masalah mencari pemain pengganti tidak timbul dan
mengganggu kelancaran persembahan. Kata bilangan tentu dua, tiga puluh, lima ratus
Dabus merupakan tarian tradisional yang unik. Tarian ini dipersembahkan
dalam adat istiadat Melayu seperti adat perkahwinan, berkhatan dan berendoi. Sebahagian daripada masyarakat
dahulu menganggap tarian ini untuk golongan berada kerana dimainkan di istana. Tarian ini harus dipelajari
oleh generasi kini bagi memastikan pusaka bangsa ini terus kekal dan dipelihara sepanjang zaman.
Kata bilangan tak tentu semua, para, beberapa, segala
Kata bilangan himpunan ketiga-tiga, berguni-guni
Kata bilangan pisahan masing-masing, setiap
Kata bilangan pecahan separuh, setengah, sepertiga
Membina ayat menggunakan kata bilangan dengan betulnya.
72 Bimbing murid mengenal pasti kata bilangan. Strategi P&P: Belajar Cara Belajar
Bimbing murid menulis ayat menggunakan KBAT: Mengaplikasi
5.1.4
(iv) kata bilangan dengan betulnya.
EMK: Nilai Murni - Patriotisme

