Page 25 - DSKP KSSM ASK T1 (GURU)
P. 25
KSSM ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1
Pembelajaran Berasaskan Projek
Kerja projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau
siasatan secara teratur dan menjurus kepada matlamat yang
spesifik. Aktiviti kerja projek dilaksanakan selepas murid
menguasai kemahiran yang telah dipelajari.
Bagi peringkat menengah rendah, satu kerja projek berkaitan
tajuk kod arahan perlu dilaksanakan oleh murid secara
berkumpulan dalam tempoh setahun persekolahan. Kerja projek
ini hendaklah berasaskan kepada gabungan semua Bidang
Pembelajaran yang telah dipelajari dan guru perlu membimbing
dan memantau perkembangan kerja projek murid. Hasil kerja
murid hendaklah dihantar secara individu dan guru perlu
menyediakan rubrik bagi membolehkan elemen pengetahuan,
kemahiran dan nilai ditaksir sepertimana yang telah dirancang.
Pada masa yang sama, guru juga perlu menyediakan tugasan
untuk menilai penguasaan murid bagi setiap Bidang
Pembelajaran ASK.
13

