Page 24 - DSKP KSSM ASK T1 (GURU)
P. 24

KSSM ASAS SAINS KOMPUTER  TINGKATAN 1



                   Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif                                 Pembelajaran Konstruktivisme


                   Pembelajaran  secara  koperatif  dan  kolaboratif  merujuk  kepada     Pembelajaran Konstruktivisme merupakan kaedah di mana murid
                   suatu  strategi  dan  kaedah  mengajar  di  mana  guru  membimbing     membina sendiri pengetahuan atau konsep baharu menggunakan

                   kumpulan  murid  yang  mempunyai  pelbagai  kebolehan.  Murid          cara  membanding  maklumat  baharu  dengan  pengalaman  yang
                   bertukar-tukar idea melalui perbincangan, saling bekerjasama dan       sedia  ada.  Murid  perlu  menghubungkaitkan  pengalamannya
                   membantu  untuk  menyelesaikan  masalah  atau  menjalankan             dengan maklumat baharu dalam proses pembelajarannya.

                   sesuatu projek yang ditugaskan.
                                                                                          Dalam konteks ASK, murid mempelajari topik kod arahan dengan

                   Dalam konteks ASK, murid yang belajar bersama secara koperatif         cara  mengaplikasikan  pengetahuan  sedia  ada  dalam  membina
                   dan  kolaboratif  lebih  mudah  memahami  proses  pengaturcaraan       atur  cara  baharu  berdasarkan  kepada  konsep  asas  yang  telah
                   apabila  saling  bekerjasama  membangunkan  sesuatu  atur  cara        dipelajari sebelumnya.

                   terutamanya yang melibatkan pengaturcaraan kompleks.

                   Pembelajaran Masteri


                   Pembelajaran  Masteri  adalah  pendekatan  pengajaran  dan

                   pembelajaran  yang  berfokus  kepada  penguasaan  murid  dalam
                   sesuatu  perkara  yang  dipelajari  bagi  mencapai  objektif  yang
                   ditentukan.


                   Dalam  konteks  ASK,  antara  contoh  pembelajaran  masteri  ialah
                   murid  perlu  menguasai  teknik  menukar  nombor  perduaan

                   sehingga dapat menterjemah aksara pengekodan ASCII.
                                                                                      12
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29