Page 134 - BUKU TEKS ASK T3
P. 134
Pembelajaran 4.1.4 Kekardinalan (Cardinality) antara Entiti
dalam Hubungan
Murid boleh:
4.1.4 Mengenal pasti Kekardinalan merujuk kepada perhubungan antara entiti-entiti
dan menjelaskan dalam satu pangkalan data. Terdapat beberapa jenis kekardinalan
kekardinalan yang digunakan untuk menghubungkan satu entiti dengan satu
(cardinality) entiti yang lain. Ini termasuklah kekardinalan one to one (1:1)
antara entiti dalam dan one to many (1:M).
hubungan:
(i) one to one (1:1) Perhubungan antara dua entiti lazimnya diwakili dengan
(ii) one to many menggunakan kata kerja. Dalam gambar rajah perhubungan
(1:M) entiti (Entity Relationship Diagram – ERD), hubungan dilukis
dengan simbol rombus. Jadual 4.2 menunjukkan penerangan
untuk jenis-jenis kekardinalan berserta contoh.
Jadual 4.2 Penerangan untuk jenis-jenis kekardinalan berserta contoh
Kekardinalan one to one (1:1) atau dikenali hubungan satu-ke-satu
Satu entiti yang berhubung dengan hanya satu entiti yang lain dan sebaliknya.
Contoh:
Seorang pengetua akan menguruskan sebuah sekolah dan sebuah sekolah akan hanya
mempunyai seorang pengetua. Rajah berikut menunjukkan gambar rajah perhubungan
entiti (ERD) antara satu entiti dengan satu entiti.
PENGETUA 1 mengurus 1 SEKOLAH
Dalam pangkalan data hubungan, ini bermaksud setiap rekod dalam satu jadual
mempunyai hubungan dengan satu rekod sahaja dalam jadual yang lain, dan sebaliknya.
PENGETUA
No_Pegawai Nama Kod_Sekolah
A12340 NORIAH BINTI ZAKI AAA5678
A12341 JOHARI BIN ABD SAMAD AAA5679
A12342 THANABALAN A/L SIVAM AAA5680
A12343 ZAHRAA BINTI ZAINAL AAA5681
A12344 LIM BENG HENG AAA5682
SEKOLAH
Kod_Sekolah No_Pegawai Nama Bilangan_Guru Bilangan_Murid
AAA5678 A12340 SMK BUNGA ORKID 46 594
AAA5679 A12341 SMK SERI ANGKASA 90 1188
AAA5680 A12342 SMK SETIA 60 767
AAA5681 A12343 SMK PERDANA 57 713
AAA5682 A12344 SMK BITARA 82 1069
Satu rekod daripada entiti PENGETUA hanya akan mempunyai
kekardinalan (1:1) dengan satu rekod daripada entiti SEKOLAH.
124

