Page 135 - BUKU TEKS ASK T3
P. 135
Pangkalan Data dan SQL 4.1
Kekardinalan one to many (1:M) atau dikenali hubungan satu-ke-banyak
Satu entiti yang mempunyai hubungan dengan satu atau lebih entiti yang lain.
Contoh:
Seorang murid dapat meminjam banyak buku tetapi sebuah buku hanya boleh dipinjam
oleh seorang murid sahaja. Rajah berikut menunjukkan perhubungan antara satu entiti
dengan lebih daripada satu entiti yang lain.
MURID 1 meminjam M BUKU
Dalam pangkalan data hubungan, ini bermaksud setiap rekod dalam sesuatu jadual
mempunyai hubungan dengan satu atau lebih daripada satu rekod dalam jadual yang
lain, dan sebaliknya.
MURID
ID_Murid Nama Jantina Nama_Kelas
PSS001 NUR ATHIRAH BINTI AZMI PEREMPUAN 3 ANGGERIK
PSS002 ADAM AQIL BIN ISMAIL LELAKI 3 ANGGERIK
PSS003 WONG SOO LEE PEREMPUAN 3 ANGGERIK
PSS004 NITHIAN A/L KOLANTHAI LELAKI 3 BAKAWALI
PSS005 DHIA ARISSA BINTI RAHIM PEREMPUAN 3 BAKAWALI
BUKU
Kod_Buku Judul ID_Murid ISBN Tarikh_Pinjaman
A101 Buku Teks KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 2 PSS001 9789834916466 15/1/2018
A102 Buku Teks KSSM Pendidikan Moral Tingkatan 2 PSS003 9789834916497 15/1/2018
BF101 Buku Teks KSSM Sains Tingkatan 2 PSS005 9789671447260 15/1/2018
BF102 Buku Teks KSSM Matematik Tingkatan 2 PSS004 9789672031055 15/1/2018
F101 Buku Teks KSSM Sejarah Tingkatan 2 PSS002 9789834916473 15/1/2018
F102 Buku Teks KSSM Ekonomi Tingkatan 4 PSS002 9789833485109 15/1/2018
Satu rekod daripada entiti MURID hanya akan mempunyai hubungan
(1:M) dengan satu atau lebih rekod daripada entiti BUKU.
Selain dua jenis kekardinalan yang telah anda pelajari, masih terdapat satu jenis lagi kekardinalan,
iaitu many to many (M:N).
125

