Page 151 - BUKU TEKS SK T4
P. 151
Kata kunci khas Kata kunci static diletakkan di hadapan nama subatur cara. Tanpa kata kunci ini, subatur cara tidak
dapat digunakan secara langsung. Tanpa static, subatur cara memerlukan penghasilan objek sebelum
data digunakan.
Jenis data Subatur cara biasanya akan memulangkan hasil setelah badan subatur cara selesai memproses data.
pulangan Jenis data pulangan di "pengepala" bergantung kepada jenis data yang ingin dipulangkan oleh "badan".
Ini termasuk int, double, String dan char. Jika tidak ada keperluan memulangkan data,
gunakan kata kunci void.
Nama subatur Nama ini diberikan oleh pengatur cara. Sebarang nama yang sesuai boleh diberikan. Nama mestilah
cara bermula dengan huruf (biasanya huruf kecil) dan boleh mengandungi angka tetapi bukan simbol.
Bekas parameter Bekas parameter dikepil oleh tanda kurung "(" dan ")". Jika bekas parameter adalah kosong, simbol
"()" digunakan. Jika bekas menerima parameter, maka jenis data dan nama parameter akan dikepilkan.
Contoh: (int kuantiti) menerima parameter integer bernama kuantiti. Parameter ialah pemboleh ubah
untuk menyimpan nilai hantaran kepada subatur cara.
Badan subatur cara mengandungi kod komputer. Badan subatur cara bermula dengan simbol
kurung dakap pembuka "{" dan diakhiri simbol kurung dakap penutup "}". Penyataan komputer
adalah sebaris kod komputer yang diakhiri simbol koma bertindih ";". Semua penyataan komputer
mesti terkandung dalam subatur cara. Penyataan-penyataan komputer ialah algoritma komputer
yang telah diterjemahkan kepada bahasa pengaturcaraan seperti Java. Penyataan-penyataan
ini akan dilaksanakan oleh komputer dari baris awal hingga ke baris akhir dalam turutan atas dan
bawah (top-down).
Subatur Cara main(
Subatur cara main() ialah sejenis subatur cara yang istimewa. Hal ini
demikian kerana:
• subatur cara wajib dengan nama main().
• boleh wujud tanpa subatur cara yang lain.
• mengandungi baris pertama penyataan yang mesti dilaksanakan
komputer.
• mengandungi baris terakhir penyataan yang mesti dilaksanakan
komputer.
Subatur cara main() mempunyai sintaks yang serupa dengan
sintaks umum subatur cara tetapi dengan reka bentuk kepala yang unik:
Kata Jenis
kunci data Nama Parameter
khas pulangan wajib wajib
public static void main(String[] args){ }
main() method
http://goo.gl/1dVWyL
Pengepala Badan
Rajah 1.55 Subatur cara main()
Sains Komputer Tingkatan 4
142

