Page 149 - BUKU TEKS SK T4
P. 149
1 Membahagikan tugasan
2 Mengatur tugasan
3 Mengarahkan pelaksanaan
tugasan
4 Menerima hasil tugasan
Guru Bahasa Inggeris Guru Bahasa Melayu
(Subatur cara 1) (Subatur cara 2)
Pengetua
(Subatur cara main)
Guru Sains Guru Matematik
(Subatur cara 3) (Subatur cara 4)
Rajah 1.52 Subatur cara ialah kaedah modularisasi, sama seperti pembahagian tugasan dalam kalangan guru
Demikian halnya dengan atur cara komputer. Fail kod komputer
yang panjang, mungkin puluhan ke ribuan baris, adalah sukar ditulis,
dibaca, diulang kaji atau dikemas kini. Oleh itu, baris-baris kod komputer
yang berkait boleh dihimpunkan dalam satu modul. Dengan itu, kod-
kod komputer yang panjang dapat dibahagi-bahagikan kepada modul-
modul. Setiap modul adalah lebih pendek dan mengkhusus kepada
tujuan tertentu.
Tanpa modularisasi Selepas modularisasi
Modul
subatur cara 1
Modul utama Modul
main () sahaja subatur cara 2
Modul
subatur cara 3
Rajah 1.53 Modularisasi kod komputer
Sains Komputer Tingkatan 4
140

