Page 146 - BUKU TEKS SK T4
P. 146

Contoh 59 menerangkan tatasusunan hariMinggu.  Tatasusunan
                 ini mengandungi data jenis rentetan (String). Elemen-elemen dalam
                 tatasusunan  ialah  nama  hari  dalam  seminggu. Perhatikan  bahawa
                 susunan elemen adalah penting kerana mengikut turutan indeks. Masih
                 ingatkah nombor indeks yang pertama dalam tatasusunan?



                  Contoh  59
                 Diberi tatasusunan hariMinggu seperti yang berikut:

                 String [] HariMinggu = {"Isnin", "Selasa", "Rabu", "Khamis", "Jumaat", "Sabtu",
                 "Ahad"};

                 (a)   Tuliskan kod Java untuk mencetak elemen "Jumaat".

                 (b )  Apakah saiz tatasusunan hariMinggu.?
                 (c)   Apakah nilai yang dicetak oleh kod berikut?
                     (i)  System.out.println(hariMinggu[0])  iii) System.out.println(hariMinggu[6])
                                                            (
                     (ii) System.out.println(hariMinggu[3])   (iv) System.out.println(hariMinggu[4])
                 (d)   Mengapakah kod-kod berikut tidak boleh digunakan?
                     (i)  System.out.println(hariMinggu[7])  iii) System.out.println(hariMinggu["3"])
                                                            (
                     (ii) System.out.println(hariMinggu[10]) (iv) System.outprintln(hariMinggu[Selasa])
                 (e)   Lukis rajah blok memori untuk tatasusunan di atas. Pastikan lukisan mengandungi nama
                     tatasusunan, indeks dan elemen-elemen.
                 Penyelesaian:
                 (a)   System.out.println(hariMinggu[4]);
                 (b)   7
                 (c)   (i)  Isnin                           (iii)  Ahad
                     (ii)  Khamis                           (iv) Jumaat



                 (d)   (i)  Ralat masa larian hariMinggu[7] di luar batasan tatasusunan.
                     (ii)  Ralat masa larian hariMinggu[10] di luar batasan tatasusunan.
                     (iii) Ralat sintaks. Panggilan elemen tidak dibenarkan kerana indeks bukan integer tetapi String.
                     (iv) Ralat sintaks. Panggilan elemen tidak dibenarkan kerana tidak menggunakan nombor indeks.
                 (e)   Elemen-elemen dalam tatasusunan sentiasa diletakkan sebelah-menyebelah dalam blok memori
                    yang sama. Nama tatasusunan merujuk blok memori. Dalam contoh di atas, nama blok ialah
                    hariMinggu. Dalam blok memori tatasusunan, susunan elemen adalah dalam turutan berjujukan.
                    Setiap elemen dirujuk menggunakan nama blok diikuti nombor indeks.
                                    [0]    [1]     [2]    [3]    [4]     [5]    [6]

                       hariMinggu  "Isnin"  "Selasa"  "Rabu"  "Khamis" "Jumaat"  "Sabtu"  "Ahad"



                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                  137
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151