Page 178 - BUKU TEKS SK T4
P. 178

1.7.1    Kitaran Hayat Pembangunan                                        ?

                            Sistem                                                   Tahukah
                                                                                     Anda

                 1.7.1.1  Fasa Analisis Masalah                                     Beberapa frasa sering
                                                                                    digunakan untuk
                 Fasa analisis masalah ialah proses mengenal pasti keperluan program   menggambarkan input,
                 dan mencari sebab sesuatu program dibina. Langkah-langkah sistematik   output dan proses.
                 harus dipatuhi untuk menyelesaikan masalah dan penting untuk kita   Misalnya, frasa yang
                 memahami penyataan masalah dengan jelas. Permulaannya, analisis    digunakan:
                                                                                    Input – pengguna
                 masalah yang dihadapi dengan menggunakan analisis IPO iaitu analisis   masukkan,
                 input, proses dan output.                                          Prompt … for..., Input
                                                                                    pengguna
                 Contoh yang berikut menunjukkan cara untuk membuat analisis masalah   Proses - ...masukkan
                 dengan menggunakan carta IPO.                                      input dalam algoritma...,
                                                                                    ...guna formula…
                  Contoh  65                                                        Output - ...untuk
                                                                                    paparkan..., untuk
                 Katakan anda dikehendaki menyelesaikan masalah kiraan gaji staf mengikut jam   tentukan..., untuk kira...
                 bekerja.
                 Penyelesaian:
                   (a) Cara mengisi carta IPO adalah dengan menentukan penyelesaian yang
                      dikehendaki iaitu gaji staf sebagai output.
                   (b) Formula untuk hasilkan output ‘gaji staf’; iaitu kadar sejam bekerja didarabkan
                      dengan bilangan jam bekerja.
                   (c) Input untuk formula iaitu kadar sejam bekerja dan bilangan jam bekerja.

                 Analisis IPO bagi masalah di atas adalah seperti yang berikut:


                     Input              Proses                   Output
                  Kadar sejam   1  Dapatkan kadar sejam.  Gaji staf
                  Bilangan jam   2  Dapatkan bilangan jam bekerja.
                  bekerja
                               3  Kirakan gaji staf
                                   = kadar   x   bilangan
                                      sejam       jam bekerja


                                                                                    Model Air Terjun
                                                                                    goo.gl/8BLz8D
                 1.7.1.2  Fasa Reka bentuk Penyelesaian

                 Fasa reka bentuk penyelesaian masalah dibuat setelah analisis IPO
                 yang merupakan set keperluan untuk memulakan fasa mereka bentuk
                 dilakukan. Walaupun projek yang kecil dan keperluan yang mudah, satu
                 reka bentuk mental untuk pemahaman keperluan dengan penyelesaian
                 perlu wujud. Fasa ini melihat kepada potensi penyelesaian yang wujud
                 dan menentukan penyelesaian yang efektif dan efisien. Hal ini menjawab
                 “bagaimana” membina penyelesaian terbaik.


                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN  169
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183