Page 182 - BUKU TEKS SK T4
P. 182
1.7.1.4 Fasa Uji dan Nyah ralat
Dalam fasa ini, kod atur cara yang siap dibina akan diuji. Fasa pengujian
memainkan peranan penting dalam SDLC. Fasa ini mempunyai beberapa
tujuan seperti yang berikut:
a Memastikan semua keperluan dipenuhi. Phases of System
b Memastikan semua pengekodan berfungsi seperti yang dikehendaki. Development Life
goo.gl/ZFav0F
c Memastikan semua modul boleh berfungsi bila digabungkan.
d Mendapatkan maklum balas daripada pengguna sistem untuk tujuan
pembetulan dan penambahbaikan.
e Melibatkan pengguna sepenuhnya di peringkat pembangunan.
f Mengesan ralat yang tercicir.
g Membantu pasukan projek membuat dokumentasi dengan mengesan
kesilapan oleh pengguna.
h Menyimpan keputusan ujian sebagai bukti penyempurnaan
pembangunan sistem.
Semakan kod (code review) dilakukan untuk mengesan ralat. Pengatur
cara akan merujuk log yang dipaparkan untuk membetulkan dan
membuang ralat yang dikesan. Semakan boleh dibuat dalam tiga peringkat
seperti Jadual 1.22.
Jadual 1.22 Jenis-jenis semakan
Jenis
Semakan Siapa? Bila?
Sendiri Pengarang Semasa pengekodan
Rakan Sebaya Rakan Sebaya Selepas tamat modul Inovasi Sains
Komputer
Selepas tamat Pasukan projek yang diketuai oleh Selepas kedua-kedua Ikuti pelbagai cerita
modul pakar bahasa pengaturcaraan peringkat di atas yang menarik mengenai
pengatur cara yang
Jenis-jenis ralat seperti ralat sintaks, ralat logik dan ralat masa larian bersusah-payah
dilakukan sehingga kod atur cara itu bebas dari semua ralat. Semua ralat melakukan inovasi dalam
bidang pengkomputeran.
yang ditemui, dibetulkan dan diuji semula.
Uji Minda
goo.gl/WqE12V
Apakah langkah-langkah penambahbaikan yang diperlukan untuk atur
cara bebas ralat? Uji dan pamerkan hasil kerja anda. Sebagai latihan
imbas semula, nyatakan apakah ralat sintaks logik dan ralat masa larian?
BAB 1 PENGATURCARAAN 173

