Page 183 - BUKU TEKS SK T4
P. 183

Jadual 1.22  Jenis pengujian dan perincian
                                           Jenis Pengujian                   Perincian

                                         Sendiri            Memastikan setiap unit dalam sistem yang dibina berfungsi.

                                                            Menguji sistem secara keseluruhan selepas ujian atas unit
                                         Sistem
                                                            individu.
                                                            Memastikan sistem dapat berfungsi dengan sistem sedia
               Langkah-langkah menguji   Integrasi
               atur cara mengikut                           ada.
               program yang dibina                          Ujian ini dijalankan semasa ujian integrasi oleh pengguna
               goo.gl/vjCiLm             Penerimaan         sistem untuk memastikannya memenuhi kehendak
                                                            pengguna.
                                       Skrip ujian perlu ditulis untuk mengautomasikan proses pengujian modul
                                       sistem kerana terdapat ujian-ujian yang perlu dilakukan berulang kali.
                                       Tandakan dalam senarai semak di bawah untuk menguji dan menyah ralat
                                       pengiraan gaji staf.

                                           Jadual 1.23  Senarai semak pengiraan gaji staf
                            Item                   Aktiviti                 Tandakan(✓)atau (x)

                                     Ejaan teks nama pemboleh ubah
                                     Ejaan teks komen
                                     Penggunaan objek atau aksara yang tidak dikenali
                         Ralat sintaks
                                     Pengisytiharan jenis data untuk bilangan jam bekerja
                                     Pengisytiharan jenis data untuk gaji staf
                                     Pengisytiharan jenis data kadar sejam

                         Ralat masa   Input pengiraan untuk bilangan jam
                         larian      Input pengiraan untuk kadar sejam

                         Ralat logik  Semak output gaji staf

                                          Dalam  pembangunan  aplikasi,  dokumentasi  ialah  ekosistem  isi
                                       kandungan dengan tujuan mengajar pengguna berinteraksi dengan
                                       Application Programming Interface (API). API ialah satu set rutin, protokol
                                       dan alat untuk membina aplikasi. Sesuatu API menentukan bagaimana
                                       komponen aplikasi harus berinteraksi.  API yang baik memudahkan
                                       pembangunan aplikasi dengan menyediakan blok pembangunan, di mana
                                       pengatur cara komputer akan mencantumkan blok-blok tersebut.
                                          Bayangkan dalam situasi ketika memesan makanan di kedai makan di
                                       mana pelayan itu ialah API. Dapur dan menu adalah sebagai sebahagian
                                       daripada sistem. Pelayan sebagai API akan mengambil pesanan anda dan
                                       memberitahu dapur iaitu sistem apa yang perlu dilaksanakan. Kemudian,
                                       pelayan akan membawa makanan kepada anda, iaitu respons balik
                                       kepada anda. Contoh API ialah seperti API Google maps dan API Twitter.

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                174
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188