Page 180 - BUKU TEKS SK T4
P. 180
Kerja Berkumpulan
29 Pseudokod dan Carta Alir
Tulis pseudokod dan lakar carta alir untuk situasi di bawah:
(a) Memaparkan teks “Salam 1Malaysia”, “Tahniah anda hadir ke sekolah
pada hari ini.”
(b) Menyatakan komen kepada markah. Jika 86-100%, “Syabas, teruskan
usaha anda!” 60-85%, “Baik, anda boleh maju lagi!” Kurang daripada
60%, “Jangan putus asa, cuba lagi sehingga berjaya!”
1.7.1.3 Fasa Pelaksanaan Penyelesaian Aplikasi Harian
Tujuan utama fasa perlaksanaan penyelesaian adalah untuk mengubah Kepentingan temu bual
reka bentuk kepada program yang akan dipasang pada perkakasan dan dan soal selidik untuk
bersedia untuk melaksanakan penyelesaian. Selain itu, fasa ini bertujuan mendapatkan maklumat
yang diperlukan dalam
untuk membina dan menghasilkan sistem yang dapat menyelesaikan fasa analisis.
masalah yang dihadapi.
Aktiviti pembangunan aplikasi melibatkan pengekodan. Pengekodan
memerlukan bahasa pengaturcaraan seperti Java, Javascript dan sebagainya.
Pengekodan juga mengubah spesifikasi program kepada kod sumber.
Pengkompilan ialah proses menukar kod pengaturcaraan kepada kod
boleh laksana (executable). goo.gl/FTn1QW
//Atur cara untuk memaparkan mesej Hello World
public class HelloWorld {
public static void main(String[ ] args)
// Paparkan teks
System.out.println(“Hello World!”);
}
}
Rajah 1.72(a) Contoh kod atur cara Rajah 1.72(b) Contoh kod boleh laksana
Setelah menyediakan pseudokod dan carta alir, kita boleh ke langkah
seterusnya iaitu pelaksanaan penyelesaian untuk mencari gaji staf dengan
menulis kod atur cara. Jenis data yang digunakan ialah integer untuk
pemboleh ubah bilangan jam bekerja iaitu ‘bilJam’, manakala double
digunakan untuk pemboleh ubah kadar sejam seseorang itu bekerja
dan gaji staf. Nama pemboleh ubah yang digunakan ialah ‘gajistaf’ dan
‘kadarsj’. Penyelesaian aritmetik yang dilakukan ialah mendarab kadar
sejam bekerja dengan bilangan jam bekerja. Hasil daripada aplikasi ini
akan memaparkan gaji staf.
BAB 1 PENGATURCARAAN 171

