Page 212 - BUKU TEKS SK T4
P. 212
Model pangkalan data hierarki ialah model terawal semenjak tahun 1950
dan sering digunakan dalam sistem pengurusan maklumat keluaran
syarikat IBM. Dalam model pangkalan data hierarki, data disusun dalam
struktur pokok seperti dalam Rajah 2.8. Model ini sesuai digunakan Inovasi Sains
sekiranya suatu entiti mempunyai hubungan satu induk (parent) dengan Komputer
satu atau lebih entiti anak (child). Model ini tidak menyokong hubungan Sistem Pangkalan data
banyak entiti induk kepada banyak entiti anak. Mungkin disebabkan itu, telah mengalami evolusi
model ini tidak banyak digunakan. semenjak dari awal
kemunculannya. Anda
Contoh: boleh baca artikel di
Katakan sebuah pangkalan data berasaskan model pangkalan data hierarki laman sesawang ini untuk
diperlukan untuk menyimpan rekod data entiti-entiti seperti Sekolah, mengetahuinya dengan
Kelas, Murid, Guru dan Subjek. Pertama sekali, takrifkan hubungan antara lebih lanjut.
entiti-entiti tersebut melalui model hierarki, lihat Rajah 2.9.
Model hierarki memberikan struktur untuk mengekod rekod data untuk
setiap entiti. Perhatikan bahawa entiti sekolah ialah induk kepada entiti
kelas manakala entiti kelas ialah anak kepada entiti sekolah. Sebaliknya,
entiti kelas ialah induk kepada entiti guru dan entiti murid masing-masing.
Entiti murid ialah induk kepada entiti subjek. Entiti subjek ialah anak goo.gl/F0c97d
kepada entiti murid dan tidak menjadi induk kepada mana-mana entiti.
Sekolah
Kelas
Guru Murid
Subjek
Rajah 2.9 Model Pangkalan Data Hierarki
Rekod data untuk setiap entiti (Sekolah, Kelas, Murid, Guru dan Subjek)
dikodkan dalam organisasi hierarki, lihat Rajah 2.10. Setiap entiti diwakili
oleh grid dengan dua bahagian di baris atas dan di baris bawah. Bahagian
atas menunjukkan nama atribut manakala bahagian bawah menunjukkan
data untuk atribut tersebut.
Nama Nama Sekolah
atribut/medan
Data SMK Adela
Rajah 2.10 Entiti sebuah model pangkalan data hierarki
BAB 2 PANGKALAN DATA
203

