Page 247 - BUKU TEKS SK T4
P. 247

Rujuk jadual hubungan yang diberikan dan jawab soalan 2 dan 3.
                   (a)  Kenal pasti kunci primer dalam entiti Vendor.
                   (b)  Kenal pasti kunci primer dalam entiti Produk.
                   (c)  Adakah terdapat kunci asing dalam jadual-jadual di atas? Jelaskan jawapan anda.
                 3  Tandakan betul (✓) atau salah (✗).
                   (a)  Atribut KodVendor boleh tidak menerima sebarang nilai.                 (        )
                   (b)  Atribut TelefonVendor boleh tidak menerima sebarang nilai.             (        )
                   (c)  Dalam entiti Produk, kunci primer ialah KodProduk manakala kunci asing ialah Produk.   (        )
                   (d)  Setiap entiti mesti mengandungi satu kunci primer.                     (        )
                   (e)  Setiap entiti mesti mengandungi satu kunci asing.                      (        )
                 4  Lukiskan ERD untuk kenyataan "Pelanggan membeli Produk"
                 5  Lukisan ERD untuk persekitaran berikut:
                   •  Akaun bank mempunyai butiran nombor akaun dan baki akaun.
                   •  Seorang pelanggan bank mesti memiliki sekurang-kurangnya satu akaun.
                   •  Pelanggan mempunyai butiran nama dan nombor kad pengenalan.
                 6  Berikan tafsiran anda untuk model dalam ERD berikut:
                                      1                         M
                         Guru                    Ajar                      Murid




                       Nama Guru                                Nama murid        Markah


                 7  Sekiranya berlaku kesilapan dalam mereka bentuk pangkalan data, apakah yang anda perlu lakukan?
                   Senaraikan tindakan yang mungkin akan anda ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.



                 8  Tentukan "benar" atau "palsu" untuk penyataan-penyataan berikut:
                  (a)  Penormalan menggabungkan beberapa jadual menjadi jadual tunggal.        (        )
                   (b)  Penormalan bertujuan menghasilkan pencarian yang cepat dengan menghasilkan
                      duplikasi data di jadual-jadual 2NF.                                     (        )
                   (c)  Penormalan mengurangkan kelewahan dan meninggikan integriti pangkalan data.   (        )
                   (d)  Atribut kunci primer membolehkan setiap rekod dikenal pasti secara unik.   (        )
                   (e)  Kunci asing adalah kunci primer dalam jadual sasaran.                  (        )
                   (f)  Data lewah dan integriti data adalah dua masalah pangkalan data yang tidak berkaitan.  (        )
                   (g)  Masalah integeriti data akan menjadi ketara apabila data perlu dikemas kini.   (        )
                   (h)  Jadual-jadual dalam 3NF tidak mempunyai isu integriti data kerana strukturnya tidak
                      membenarkan duplikasi data.                                              (        )
                 9  Lihat rajah yang merumuskan langkah-langkah penormalan jadual berikut:



                           0NF                 (i)                2NF                  (ii)



                   (a)  Kenal pasti bentuk normal (i) dan (ii).
                   (b)  Apakah objektif (i)?
                   (c)  Apakah objektif (ii)?

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                238
   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252