Page 242 - BUKU TEKS SK T4
P. 242

2  Tukarkan skema-skema hubungan 1NF kepada 2NF
                     Objektif penukaran bentuk 1NF kepada 2NF adalah untuk menghapuskan kebergantungan fungsi
                    separa. Jadual 1NF mempunyai kebergantungan fungsi separa. Oleh itu, kenal pasti kumpulan-
                    kumpulan data berulang dan pecahkan kepada jadual-jadual berasingan yang dipanggil jadual
                    hubungan.
                     Kaji skema 1NF dengan mencari kebergantungan antara atribut bukan-kunci dengan atribut kunci
                    primer. Kebergantungan fungsi separa berlaku apabila atribut biasa bergantung kepada salah satu
                    atribut kunci primer sahaja. Kenal pasti kumpulan atribut tersebut dan asingkan sebagai skema
                    hubungan yang baharu.
                    Contoh:
                     Mulakan dengan menganalisis jadual 1NF BUKU PINJAMAN. Dalam skema yang asal, didapati
                    daripada data-data dalam jadual bahawa atribut-atribut yang mempunyai kumpulan data berulang
                    ialah ID Murid, Nama Murid dan No  Telefon Bimbit. Gunakan kurungan untuk menandakan
                    kumpulan data yang berulang.


                     BUKU PINJAMAN (Kod Buku <KP>, Nama Buku, Pengarang, (ID Murid <KP>, Nama
                     Murid, No Telefon Bimbit), Tarikh Pinjam, Tarikh Hantar)

                     Asingkan atribut-atribut bagi kumpulan data yang berulang dan berikan nama entiti Murid.

                 BUKU PINJAMAN (Kod Buku <KP>, Nama Buku, Pengarang, (), Tarikh Pinjam, Tarikh Hantar)



                                MURID (ID Murid <KP>, Nama Murid, No Telefon Bimbit)

                     Tukar nama jadual BUKU PINJAMAN kepada PINJAMAN. Bagi entiti Murid, jadikan ID Murid sebagai
                    kunci primer kerana ID Murid membantu pengenalan nilai-nilai atribut lain secara unik. Tambah
                    akhiran <KP> kepada ID Murid. Atribut ID Murid yang sama dikekalkan dalam jadual PINJAMAN
                    tetapi dijadikan juga sebagai atribut kunci asing, tambah akhiran <KA>.

              PINJAMAN (Kod Buku <KP>, Nama Buku, Pengarang, ID Murid <KP> <KA>, Tarikh Pinjam, Tarikh Hantar)




                                                     menghubungkan


                                 MURID (ID Murid <KP>, Nama Murid, No Telefon Bimbit)
                    Nota:
                     •  Semak jadual Pinjaman. Pastikan atribut Kod Buku dan ID Murid kekal sebagai kunci primer.
                       Kekalkan akhiran <KP> bagi kedua-dua atribut tersebut.
                     •  Pastikan jadual Murid mempunyai atribut ID Murid sebagai kunci primer.
                     •  Pastikan jadual-jadual dihubungkan melalui pasangan atribut kunci primer dan kunci asing
                       yang betul, iaitu ID Murid <KA> dalam jadual PINJAMAN kepada ID Murid <KP> dalam jadual
                       MURID.


                                                                            BAB 2 PANGKALAN DATA  233
   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247