Page 244 - BUKU TEKS SK T4
P. 244

3  Tukarkan skema-skema perhubungan 2NF kepada 3NF
                     Objektif penukaran adalah untuk menghapuskan kebergantungan fungsi transitif. Pada
                    kebiasaannya, penormalan sehingga tahap 2NF sudah memadai. Penormalan ke tahap 3NF cuma
                    perlu dalam situasi di mana terdapat kebergantungan fungsi transitif di antara atribut dalam
                    sesetengah jadual. Kebergantungan ini tersembunyi kerana wujud di antara atribut-atribut biasa,
                    iaitu tidak melibatkan atribut kunci primer. Biasanya, ini dapat dikenal pasti daripada pengalaman
                    penggunaan data-data.

                    Contoh:
                     Kaji skema hubungan jadual MURID untuk mencari kebergantungan fungsi transitif:

                                                  bergantung fungsi separa kepada



                                    MURID (ID Murid <KP>, Nama Murid, No Telefon Bimbit)

                        Jika dilihat dengan teliti, skema MURID mempunyai tiga atribut ID Murid, Nama Murid dan No
                    Telefon Bimbit. ID Murid ialah kunci primer dan oleh itu kedua-dua atribut Nama Murid dan No
                    Telefon Bimbit bergantung kepada ID Murid. Tetapi dalam masa yang sama, atribut Nama Murid
                    turut bergantung kepada No Telefon Bimbit walaupun No Telefon Bimbit bukan kunci primer. Ini
                    adalah kebergantungan fungsi transitif.
                     Oleh itu, asingkan fungsi transitif tersebut dengan menghasilkan satu skema baharu, TELEFON.
                    Skema hubungan TELEFON mengandungi atribut Nama Murid dan No Telefon Bimbit. Jadikan
                    Nama Murid sebagai kunci primer. Dalam skema jadual MURID, atribut No Telefon Bimbit dijadikan
                    kunci asing.
                              MURID (ID Murid <KP>, No Telefon Bimbit <KA>)




                                                        menghubungkan


                              TELEFON (No Telefon Bimbit <KP>, Nama Murid)
                     Bagaimanakah dengan jadual-jadual 2NF yang lain seperti PINJAMAN dan BUKU? Oleh sebab
                    analisis ke atas kedua-dua skema jadual PINJAMAN dan BUKU tidak meghasilkan kebergantungan
                    baharu, maka jadual-jadual tersebut tidak mempunyai bentuk 3NF.

                            ?

                     Tahukah
                     Anda

                    Terdapat bentuk penormalan yang lebih tinggi daripada 3NF.
                    Contohnya ialah Bentuk Penormalan Boyce-Codd (BCNF).


                                                                    goo.gl/Pv1IaY


                                                                            BAB 2 PANGKALAN DATA  235
   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248   249