Page 243 - BUKU TEKS SK T4
P. 243

Kedua-dua jadual PINJAMAN dan MURID yang dihasilkan masih berada dalam 1NF selagi
                   mengandungi kebergantungan fungsi separa. Marilah menganalisis kedua-dua jadual tersebut
                   untuk sebarang kemungkinan kewujudan saki-baki kebergantungan fungsi separa.
                   Adakah jadual 1NF PINJAMAN mempunyai kebergantungan fungsi separa?

                                 bergantung fungsi separa kepada



              PINJAMAN (Kod Buku <KP>, Nama Buku, Pengarang, ID Murid <KP> <KA>, Tarikh Pinjam, Tarikh Hantar)
                   •  Dalam jadual PINJAMAN,Tarikh Pinjam dan Tarikh Hantar bergantung penuh kepada kedua-dua
                     kunci primer Kod Buku dan ID Murid. Ini adalah kebergantungan fungsi sepenuh.
                   •  Atribut-atribut  Nama  Buku  dan  Pengarang  bergantung  kepada  kunci  primer  Kod  Buku
                     sahaja walaupun ID Murid juga adalah kunci primer. Oleh itu, jadual PINJAMAN mempunyai
                     kebergantungan fungsi separa di antara Nama Buku dan Pengarang dengan Kod Buku.

                   Oleh itu, kumpulan atribut data dengan kebergantungan fungsi separa diasingkan sebagai skema
                   hubungan baharu. Berikan nama entiti Buku.

               PINJAMAN (Kod Buku <KP> <KA>, ID Murid <KP> <KA>, Tarikh Pinjam, Tarikh Hantar)



                             menghubungkan


               BUKU (Kod Buku <KP>, Nama Buku, Pengarang)

                   Nota:
                   •  Semak jadual BUKU. Atribut Kod Buku dijadikan kunci primer.
                   •  Semak jadual PINJAMAN. Atribut Kod Buku kekal sebagai salah satu kunci primer. Pada masa
                     yang sama, Kod Buku juga menjadi kunci asing untuk menghubungkan jadual PINJAMAN
                     kepada jadual BUKU. Tambah akhiran <KA> kepada Kod Buku jadual PINJAMAN.
                   •  Semak kedua-dua jadual untuk kewujudan lain-lain kebergantungan fungsi separa. Jika tidak
                     ada, maka jadual PINJAMAN dan jadual BUKU sudah menjadi jadual 2NF.
                   Gunakan analisis yang sama ke atas jadual 1NF MURID. Jadual MURID tiada kebergantungan
                   fungsi separa. Oleh itu, jadual MURID sudah berada dalam bentuk 2NF.


                                MURID (ID Murid <KP>, Nama Murid, No Telefon Bimbit)


                   Hasil pernormalan menghasilkan skema perhubungan jadual-jadual 2NF berikut.

                   PINJAMAN (Kod Buku <KP> <KA>, ID Murid <KP> <KA>, Tarikh Pinjam, Tarikh
                   Hantar)
                   BUKU (Kod Buku <KP>, Nama Buku, Pengarang)
                   MURID (ID Murid <KP>, Nama Murid, No Telefon Bimbit)


                        Sains Komputer Tingkatan 4
                234
   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248