Page 34 - BUKU TEKS SK T4
P. 34

Contoh  4
                 Tuliskan pseudokod untuk program ringkas yang meminta tahun kelahiran
                 pengguna, menghitung umur dan memaparkan umur pengguna.
                 Penyelesaian:

                        1. MULA
                        2. INPUT TAHUN_LAHIR
                        3. UMUR = TAHUN_SEMASA - TAHUN_LAHIR
                        4. OUTPUT UMUR
                        5. TAMAT



                Carta Alir
                Carta alir terdiri daripada nod dan garis penghubung. Simbol piawai
                mewakili setiap nod, lihat Jadual 1.1. Setiap nod dihubungkan oleh garis
                penghubung beranak panah. Anak panah menunjukkan aliran aktiviti.
                                              Jadual 1.1 Simbol-simbol piawai carta alir

                        Simbol          Nama nod                           Fungsi

                        Mula           Terminal mula  Permulaan algoritma dalam carta alir.



                       Tamat          Terminal tamat  Penamat algoritma dalam carta alir.



                                       Input/Output  Membaca input atau memaparkan output ke skrin.


                                                    Arahan untuk memproses input dalam bentuk ungkapan, memproses fail
                                         Proses
                                                    dan sebagainya.

                                       Penghubung   Titik sambungan untuk menyambungkan carta alir yang terpisah.


                                                    Menguji syarat yang terkandung dalam nod rombus. Terdapat satu
                                                    anak panah masuk dan dua anak panah keluar. Satu anak panah keluar
                                         Syarat     mengalir kepada proses yang dilakukan sekiranya memenuhi syarat,
                                                    manakala satu lagi anak panah keluar mengalir ke proses yang dilakukan
                                                    sekiranya gagal.


                                       Aliran aktiviti  Menghubungkan nod-nod untuk menunjukkan aliran proses.


                Pembinaan carta alir tidak jauh berbeza daripada pseudokod. Melalui carta alir, IPO, simbol nod untuk
                semua formula, hubungan antara data dan fakta berkaitan dengan masalah dapat dikenal pasti.



                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                   25
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39