Page 31 - BUKU TEKS SK T4
P. 31
Arahan-arahan untuk menghasilkan algoritma berdasarkan ciri-ciri
pada Rajah 1.9 adalah seperti yang berikut:
1 Analisis masalah yang perlu diselesaikan. Kenal pasti input, matlamat
Aplikasi Harian proses dan output.
Tahukah anda bahawa 2 Tulis arahan-arahan umum untuk memproses input kepada output.
algoritma telah digunakan
dalam pelbagai aspek 3 Analisis setiap arahan umum untuk menilai kejelasan arahan itu
kehidupan? Contohnya, sehingga boleh dilaksanakan.
panduan untuk menuju
ke suatu destinasi, a Jika kurang jelas, halusi arahan umum dengan menulis arahan-
resepi memasak, manual arahan yang terperinci.
memasang perabot
dan manual operasi b Untuk setiap arahan terperinci, buat penilaian sama ada arahan
gelombang mikro. terperinci masih perlu dihalusi atau tidak.
4 Buat penghalusan bagi setiap arahan umum yang masih kurang jelas.
5 Arahan terakhir mestilah menghasilkan output yang dikehendaki oleh
proses dan perkara ini ialah batasan algoritma yang direka cipta.
1.2.1 Penggunaan Algoritma untuk
Menyelesaikan Masalah
Komputer ialah alat elektronik yang berupaya menerima dan memproses
data input untuk menghasilkan maklumat sebagai output serta menyimpan
kedua-dua data dan maklumat. Salah satu ciri komputer ialah kebolehan
menyimpan dan menggunakan pelbagai atur cara untuk melaksanakan
proses komputer. Semua atur cara komputer ialah perisian yang
“menghidupkan” perkakasan komputer dengan memproses semua input
kepada output.
INPUT Proses OUTPUT
Contoh: teks, nombor, Contoh: laporan, jadual, pembentangan,
objek paparan, dokumen
Rajah 1.10 Konsep Input–Proses–Output (IPO) untuk perisian komputer
Apakah perkaitan atur cara komputer dengan algoritma? Atur cara komputer
ialah algoritma komputer yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan yang
boleh dilaksanakan oleh komputer.
Rajah 1.10 menunjukkan ilustrasi perisian komputer sebagai model
How to design a good Input-Proses-Output (IPO). Sistem komputer menerima Input daripada
flowchart?
https://goo.gl/E2jfoU pengguna. Input ialah nombor, aksara, perkataan, suara atau gambar yang
Sains Komputer Tingkatan 4
22

