Page 33 - BUKU TEKS SK T4
P. 33
Contoh 2
Sebuah perisian ringkas meminta pengguna memasukkan tahun kelahiran.
Perisian kemudiannya menentukan dan memaparkan umur di skrin.
Uji Minda Penyelesaian:
Tahukah anda Input Tahun_kelahiran
bagaimana untuk
menambah nilai 1. Baca input, tahun_kelahiran
prabayar untuk telefon Proses 2. Dapatkan tahun semasa daripada sistem komputer, tahun_semasa
bimbit? Bina analisis 3 Umur = tahun_semasa - tahun_kelahiran
IPO berdasarkan situasi Output Umur
yang diberikan.
Langkah-langkah terperinci dalam proses komputer diberikan oleh algoritma. Algoritma ialah
idea atau cara penyelesaian masalah dalam bentuk abstrak berasaskan arahan-arahan asas. Arahan-
arahan asas ini merujuk ciri-ciri dan struktur kawalan yang sedia ada dalam bahasa pengaturcaraan.
Jika suatu proses itu tidak dapat dihuraikan dengan arahan-arahan asas komputer, proses tersebut
berkemungkinan tidak sesuai untuk dilaksanakan oleh komputer.
Perwakilan Algoritma
Terdapat dua format perwakilan algoritma, iaitu pseudokod dan carta alir.
• Pseudokod ialah senarai struktur kawalan komputer yang ditulis dalam bahasa pertuturan manusia
dan mempunyai nombor turutan.
• Carta alir adalah alternatif kepada pseudokod menggunakan simbol grafik untuk mewakili arahan-
arahan penyelesaian.
Pseudokod
Pseudokod bukanlah bahasa pengaturcaraan komputer. Arahan ditulis dalam bahasa pertuturan
harian. Setiap arahan ialah ungkapan matematik, ungkapan logik, penggunaan struktur kawalan
ataupun penggunaan fungsi komputer (contohnya membaca input). Setiap arahan diletakkan dalam
baris baharu yang diberikan nombor siri.
Langkah-langkah menulis pseudokod:
1 Tulis kenyataan MULA.
2 Baca INPUT.
3 Proses data menggunakan ungkapan logik atau matematik.
4 Papar OUTPUT.
5 Tulis kenyataan TAMAT.
Contoh 3
Tuliskan pseudokod untuk program ringkas yang meminta nama pengguna dan memaparkan "Hello"
diikuti nama pengguna.
Penyelesaian:
1. MULA
2. INPUT NAMA
3. OUTPUT "HELLO" DAN NAMA
4. TAMAT
Sains Komputer Tingkatan 4
24

