Page 36 - BUKU TEKS SK T4
P. 36
Pseudocode
goo.gl/qzP7Gn
Rajah 1.12 Algoritma lebih mudah difahami dalam bentuk pseudokod berbanding kod komputer
Aktiviti Individu
5 Gunakan Algoritma untuk Menyelesaikan Masalah
Pada hujung tahun 2014, beberapa negeri di Malaysia telah mengalami bencana banjir yang besar yang
merosakkan banyak tempat tinggal, tanaman, ternakan dan sebagainya. Antara negeri- negeri yang paling
teruk dilanda banjir ialah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak. Kejadian itu
telah membuka mata banyak pihak untuk membuat persediaan yang rapi dan sistematik sekiranya dilanda
dengan bencana yang sama sekali lagi. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, cuba anda bina satu analisis
IPO untuk untuk tindakan yang perlu diambil ketika banjir besar berlaku. Kemudian, nyatakan langkah-
langkah tindakan tersebut dengan menggunakan dua perwakilan algoritma, iaitu pseudokod dan carta alir.
Selamat Mencuba!
1.2.2 Struktur Kawalan dalam Pengaturcaraan
Pelbagai proses komputer yang lebih kompleks dapat dicipta dengan menggabungkan penyataan
komputer. Tiga struktur kawalan komputer adalah seperti yang berikut:
1 Struktur kawalan urutan
2 Struktur kawalan pilihan
3 Struktur kawalan pengulangan
Struktur Kawalan Urutan
Struktur kawalan urutan melaksanakan arahan-
arahan komputer satu per satu. Urutan arahan
yang betul adalah penting kerana urutan yang
berlainan boleh memberikan output yang
berlainan. Setiap arahan adalah satu penyataan
algoritma seperti yang berikut:
a INPUT data.
b Memproses data.
c OUTPUT hasil.
BAB 1 PENGATURCARAAN
27

